CANDID PHOTO CONTEST




haha ok aku pon nak join contest ni, macam menarik :) gambar ni dekat Times Pavillion. :)

2005 - 2008










Terkenang, Terbayang,
Tak dapat aku lupakan,
tapi sayang semuanya tinggal kenangan.

teman ku, kasihku,
ku ingin seperti dulu,
bersama menjelajah dunia.

kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin aku lupakan.

aku harap teman semua
dapat bersama semula
perjuangan kita masih belum pudah

kemananya
teman setia
perjuangan…
ku ingin kau semua…
bersama semula…

*ACAB-Bersama Semula

Dunia kini peringkat keempat akhir zaman

JIKA sebelum ini kita diingatkan persoalan akhlak, kematian, kiamat dan pembalasan syurga dan neraka, mungkin ada baiknya jika direnungkan pula kedudukan kita sebagai umat akhir zaman. Perhatikan sekeliling kita, adakah sudah wujud tanda akhir zaman? Pernahkah kita ingat satu masa dulu masyarakat Islam di negara kita kecoh dengan kisah ayat al-Quran hilang dari lembarannya atau bumi diselubungi asap (jerebu).

Itu belum dikira cerita anak derhaka sepak kepala ibu atau ludah muka bapa, bercinta dan berkahwin sesama jantina, ajaran sesat dan orang yang mengaku sebagai nabi, rasul dan tuhan, muncul bagaikan cendawan selepas hujan, selain ahli agama dan ulama hanya mementingkan perut dan poket, bukan menegakkan syiar Islam.
Masihkah kita ingat lagi dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, itulah setengah daripada alamatnya. Jika orang yang bertelanjang kakinya tetapi bertelanjang juga tubuhnya, serta pengembala kambing tiba-tiba menjadi ketua kepada orang ramai, itu juga setengah daripada tandanya. Dan, apabila pengembala kambing itu sama bermegah-megah di dalam gedung besar, itu juga setengah daripada tandanya.” Adakah semua tanda ini sudah muncul?

Persoalan utamanya ialah, bila zaman akan berakhir? Pendakwah Indonesia, Muhammad Ihsan Arlansyah Tanjung (lebih dikenali sebagai Ihsan Tanjung) ada menghuraikan isu ini.

Katanya, menurut hadis sahih, masa akhir zaman ini terbahagi kepada lima iaitu pada zaman Rasulullah SAW masih hidup, zaman Khulafa ar-Rasyidin (empat sahabat Nabi Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali), zaman maalikan ‘adhan atau khalifah Islam selepas Ali bin Abi Talib hingga runtuhnya kerajaan Uthmaniah di Turki (1924), zaman maalikan jabariyan atau penguasa diktator (zaman sekarang) dan terakhir zaman kembalinya kegemilangan Islam mengikut sistem khalifah.

Berdasarkan lima zaman ini, Ihsan berpendapat zaman kita sekarang adalah zaman keempat atau maalikan jabariyan, sesuai dengan keadaan semasa yang mana penguasa diktator bermaharajalela dan menyaksikan kekalahan umat Islam di mana-mana pelusuk dunia.

Malah, ada pendapat bahawa kita semakin menghampiri penghujung zaman diktator berdasarkan kata-kata sahabat yang disebutkan dalam Atsar, menerangkan tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi yang akan menegakkan khalifah Islam bagi zaman kelima itu.
Menurut riwayat, apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi, banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuhan kerana masalah remeh-temeh dan berperang antara kumpulan atau negara kerana masalah kecil.
Bencana seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung dan banjir semakin banyak terjadi. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia berpenyakit.

“Melihat fenomena yang terjadi dalam masyarakat sekarang ini, nampaknya tanda kiamat atau akhir zaman sudah terjadi semuanya? Belum semua. Sudah kira-kira 95 peratus, jadi masih ada lima peratus yang belum terjadi,” kata Ihsan.

Lawak : Enjin Jet

PAYA MAT INSUN: Seorang bekas pencuri motosikal yang ditemui di sini menyatakan dia tidak pernah terfikir enjin jet juga boleh dicuri.Jika dia tahu enjin jet boleh dicuri,sudah tentu dia tidak perlu mencuri motosikal selama ini.Lebih baik dia mencuri enjin jet kerana dengan sekali curi sahaja tak perlu lagi buat bersusah payah untuk buat kerja mencuri.Habuan yang diperolehi boleh menyara tujuh keturunannya.

Beliau yang sebelum ini melakukan rutin mencuri motosikal di sekitar kampung di sini juga pernah mencuri lembu sebanyak 8 kali.Namun kelapan-lapan kali dia kantoi.
Tambah beliau lagi,mencuri enjin jet juga selamat kerana tiada siapa yang akan tertangkap dan didakwa walaupun setelah 2 tahun enjin jet itu dijual kepada pembeli di luar negara.Beliau yang kelihatan terkejut dengan berita enjin jet dicuri telah menghubungi beberapa rakannya yang juga pakar pecah rumah untuk memberi idea bernas ini kepada mereka.
Selepas ini beliau bertekad untuk menganjurkan kursus mencuri enjin jet di seluruh negara berdasarkan konsep 1 Malaysia.

-TAKBERNAMA

cilok dari http://biaqpila.blogspot.com/

Kurt Cobain Journal

“Don’t read my diary when Im gone
OK, Im going to work now. When you wake up this morning, please read my diary. Look through my things, and figure me out.”



Author : Kurt Cobain
Country : United States
Language : English
Genre(s) : Autobiography
Publisher : Riverhead Books
Publication date : 2002 Hardcover, 2003 Paperback
Media type : Print (Paperback and Hardback)
Pages : 280

From the late 1980s until his death in 1994, Kurt Cobain kept a record of his innermost thoughts about his life and career in a series of dime-store notebooks. Brimming with lyrics, drawings, writings, lists of favorite songs, production notes,and letters to fellow musicians, friends and family members, more than twenty of these notebooks survived the tumultuous events of Cobain’s life. Safeguarded since his death, they have not been seen by the public until now. The most remarkable excerpts from these notebooks have been gathered together in Kurt Cobain’s Journals. Presented in full-color facsimile format, they reveal Cobain’s uncensored views about fame, Nirvana, his public image and his place in music history. They include new disclosures about his health problems and drug use, and blunt assessments of the artists he respected and of those in the media he despised. Cobain shares his deepest and most private thoughts about his sex life and his politics, his unabashed love for his wife and daughter, his bitter critiques of the music business and right-wing politics, and his doubts about his own creativity and ambition. Together, these journal entries create an extraordinary portrayal of the personal and professional evolution of the most compelling musician of his time, and of a distinctive era in American popular culture.

The Journals offer an unprecedented portrait of Kurt Cobain as he was during the most important period of his life, day to day and year to year, in his own vibrant words and drawings. Although all the facets of his unique personality are on brilliant display, the reader’s overriding impression is of Cobain’s passion—for his life, his music, and the people he loved: “a built in, totally spiritual, unexplainable, New Age, fucking, cosmic energy bursting love for passion” (p. 174).






For the synopsis of the book, click here

Cool kan? Kalau ade duit nanti aku beli. Haritu tengok dekat pavi(Times) tinggal satu je and tu pon dah di reserved. Published tahun 2002 tapi baru sekarang aku tau, nampak sangat bukan kipas susah mati kurt cobain, haha :)



Multi Level Marketing


Aku nak duit! Give me some money! Boleh ke jadi kaye tanpa usaha? HAHAHA. Acctly aku nak cerite pasal MLM hahahaha XD

Kisah ini bermula sejak zaman tok kura lagi(tipu). Kenapa orang suka join MLM? Kenapa mereka mudah ditipu? Kurang didikan kah? Atau mata kelabu? Atau tamak? Atau pon mungkin dia seorang yang lurus bendol? Seribu satu persoalan muncul di dalam otak aku Tetiba teringat aku akan Dr Mathadir. Dia pernah menyatakan bahawa 'Melayu mudah lupa'. Aku pasti ramai yang akan ingat sampai mati perkataan keramat itu. Ramai juga yang ngatakan Dr.M nyanyuk, tapi bagi aku tidak! Jelas terbukti Melayu mudah lupa. Bermula dengan skim cepat kaya, skim Pak Man Telo, skim gores dan menang sehingga lh muncul skim piramid, skim MLM, yang menjadi mangsa majoriti adalah Melayu! Aku sedih!

MLM.apakah disebaliknya?
memang tidak dinafikan ramai yang KAYA dengan MLM. Tetapi RAMAI juga yang merana kerananya!

Apa kata orang ramai?
1.
takat yg aku tgk nie senang kejap jer...ader lah dalam setahun dua...pastu sengsara 7/8 tahun pasal berhutang sana sini.senang je, kebanyakan akan ckp takde jual brg, cume cari org... bisnes hape cari org camtu kalo takde jual brg..cari org ko dpt persen(%), lagi byk org ko dpt, lagi byk persen ko dpt... lepastu terpaksa menipu utk menarik org ramai sertai, bagi ayat2 manis supaya diorang akan tertarik.. tunjuk gambar org berdiri sebelah bmw, merc, audi, padahal tu sume kete sape tah aku pun tak tau..

2.
myspace tunai pon sama gak mcm MLM..
takde barang yg dijual..
cuma ko bagi duit kat org atas ko..
pastu tunggu org bawah ko bagi duit kat ko.

3.
Yang aku tau, geng2 atas aje yg senang. Yg dok line bawah sekali yg melingkup.Bila dah tak de injection, setup company atas nama lain, start balik. Aku dulu rugi RM30 sbb jadik ahli sbb nak tutup mulut member aku yang kalau jumpa muka aku, tu je lah yg dicakapnya. Yang aku tak suka, bila dia dapat income lebih, dia kutuk income kita. (ayat racun nak ajak jadik downline).

4.
MLM..
Menyampah aku dgr..Dulu aku pernah join gak..yg modal 2 ribu tu tp aku x kuar pn modal 2 ribu tu sbb xde duit..
Tp mula2 tu teruja gak psl walau aku x kuar 2 ribu tp aku bole capai level manager-xyah lah aku citer cmner leh dpt level tu cuma ape yg aku leh kate aku menipu org (di ajar oleh upline2)..Pernah dpt ar check RM1000 2-3 bulan..1st month aku hepi bile nk bank in cek tu, 2nd aku dh rase sesuatu, masuk yg ketiga aku rase berdosa ar tipu org..langsung aku x buat dh..
Upline aku dulu pakai merc, pastu jual beli ducati dgn alasan nk tarik downline mat2 motor, tp aku tau dia x mampu nk maintain kete..La ni dh x dgr cite..Abg Ipar dia yg tarik aku join pn dh tak buat dh..xyah lah wei..menipu jer semua ni..

5.
bab tepu ni yang aku sokong,MLM ni kalo masuk mase mula2 bukak mmg untung...pasal mase tu orang xkenal lg..dah lama2 orang dah ramai masuk yang last2 ni ssh nak carik orang. MLM ni kalo kite kenal orang atas mmg bleh berjaya pasal orang atas akan jg kite...tp kalo xkenal lu pikirla sdiri.

6.
member aku ader 2 org masuk HAI-Obat tu...berie2 promote mcm die tau aper bende MLM..
aku pon tak tau tapi kalo ikut logik tak ingin aku masuk...
sebab kalo nak jual produk naper perlu downline?
lagi 1 yg tak paham tu kite kuar modal 20k tuk produk 2..
kalo terjual dapat hasil..kalo tak terjual takkan nak pakai sendiri.
utang kene bayar..

Dipetik dari malaysianbikers.com.my . bukak lh forum tu, bersepah orang cerita pasal MLM. Kebaikan dan Keburukan.

Ok ni dari segi hukum agama pulak.
Q: SAYA dipelawa untuk menyertai aktiviti perniagaan pemasaran pelbagai peringkat atau multi level marketing (MLM) di sebuah syarikat dengan keuntungan yang dijanjikan berlipat kali ganda.Justeru, saya ke syarikat berkenaan untuk melihat sendiri pelan pemasaran yang dijalankan itu. Hati saya tertarik tapi masih ragu-ragu sama ada perniagaan MLM itu halal atau tidak di sisi Islam.Ini kerana sekiranya ada peserta di bawah saya atau downline, saya akan mendapat keuntungan yang dijanjikan itu, tetapi jika tiada, saya tidak akan mendapat apa-apa. Adilkah perniagaan seperti itu di sisi Islam?

A: PERNIAGAAN MLM seperti di atas bukan bertujuan untuk perniagaan (menjual barangan dan sebagainya) tetapi hanya mencari downline semata-mata tidak dibenarkan dalam Islam.Ini kerana tujuan sebenarnya MLM adalah supaya barangan dapat dijual secara terus daripada pengusaha atau pengilang kepada pelanggan dengan harga yang murah kerana tidak membabitkan orang tengah (peruncit).Mencari downline semata-mata hanya menguntungkan syarikat terbabit kerana mereka mendapat yuran keahlian dan seumpamanya. Anda dibayar apabila downline berkembang. Ia adalah sistem piramid (skim Pak Man Telo) yang menyalahi undang-undang dan bukan MLM yang sebenarnya.

Kesimpulannya, katakan TIDAK pada MLM. Orang atas je yang akan kaya, ko? Lepas bayar yuran, terkapai kapai lh ko nak cari orang. Mase tu orang yang tarik ko pon buat tak tau sebab die dah dapat duit. Sebelum terlambat, aku nak cakap, aku BUKAN dengki dengan ko, tapi fikir lh, ko cari orang ko dapat duit, seolah olah ko peras ugut orang tu. Duit yang ko makan tu halal ke?

Peringatan: Mana ada orang kaya terhegeh hegeh ajak kita jadi kaya? Kecuali dia nak pakai duit kita untuk kayakan dia. Nak kaya? Berniaga la betol betol. Bukan cari downline dan sedut duit diorang.



Liverpool or Liverfool?

Liverfool kalah lagi, Aku SUKE!

tak keterlaluan kalau aku cakap segala galanya bermula daripada perlawanan ini. Liverfool melawan Sunderland. Tidak mungkin akan aku lupakan seumur hidup aku, ya! mungkin anda juga begitu. Dengan gol hasil lantunan beach ball, Liverfool telah kalah dengan bergaya!

Bagi aku, tidak keterlaluan jika aku menyalahkan mamat 2 ekor dekat atas ini. Terlalu banyak mistake, simple mistake yang mamat 2 ekor atas ni buat. Nak buat macam mane, dah senior, nak tak nak kena lh bagi mereka main juga. Karenah birokrasi!

Kauorang tentu kenal bukan mamat jambu atas ni? Dia lh yang digembar gemburkan bakal menyinar dalam BPL 2009/2010. Tetapi dengan kekerapan mengalami kecederaan telah membantutkan usaha mamat atas ni menbawa piala BPL buat Liverfool buat kali pertama. Jentera serangan diterajui mamat atas ni gagal menghasilkan gol gol kemenangan buat Liverfool. Tetapi, mamat atas ni telah melakukan penampilan ke-100 bersama Liverfool ketika game last week menentang Wolf. Dengan berbekalkan but baru(warne hijau) mamat ni telah menyumbangkan gol. Lebih manis lagi, itu adalah gol ke 35 dalam penampilan ke 37 di Anfield, kalau aku tak silap info lh ok.

Ini lh dia boss besar di Liverfool. Tak perlu aku perkenalkan lagi, cukup diberi perhatian, disebut sebut bakal mencipta sejarah buat Liverfool tapi habuk pon tarak, UEFA? dah terlepas. Big 4? masih samar samar. Pelik bukan mamat ni belum kena pecat, ilmu apa die pakai? ilmu hitam? ilmu siam? ilmu indon? atau mamat atas ni ade bela jin sampai orang tak berani usik? teeeeettt jawapan semua salah. Mamat ni tak kena pecat lagi kerana die masih ade kontrak lagi dengan Liverfool, jika mahu pecat juga, mamat atas ni berhak menuntut ganti rugi berjuta juta USD. Macam kauorang tau lh, Liverfool mane ade duit, nak beli player pon tak ade duit, hasilnya pemain injured di recycle berulang ulang kali walaupun belom fit 100%. Dengan taktikal tidak menjadi, aku menyokong, Liverfool gagal adalah kerana mamat atas ni.

Kesimpulannya, Liverfool boleh lah mengucapkan selamat tinggal kepada kejuaraan BPL bagi musim ini. Dengan kekalah 2-0 kepada Portmos, tertutup sudah gelaran BPL untuk Liverfool. So kalau tahun depan tak nak kalah manjang, beli lh player yang berkualiti seperti David Silva ok. Rujuk juga entry aku sebelum ini Liverpool .



Nuffnang

Selamat pagi, ok harini aku nak cakap yang aku dah join Nuffnang! :D


Apa itu Nuffnang?
Nuffnang.com merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik. Pelantar dalam talian kami membolehkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar. Nuffnang.com kini mempunyai cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia. Pasukan-pasukan di setiap pejabat kami giat berusaha menghubungkan jenama-jenama produk kepada para blogger kami. Di antara para pengiklan kami ialah Citibank, Nokia, Sony, Proctor & Gamble, Nokia, Nike, Nestle, dan banyak lagi!

Selain pengiklanan berasaskan blog, kami juga membina reputasi kami dengan menjadi sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi. Nuffnang telah menjadi tumpuan media akhbar utama seperti The Star, Malaysia dan The Sunday Times, Singapura selain media-media lain.


Secare ringkasnya, ko join nuffnang, ko akan dapat duit. Dengan syarat traffik ke blog ko adalah bagus dan juga ramai yang click ads nuffnang macam dekat atas dan tepi blog aku ni. Menarik bukan? Menang menarik! Duduk goyang kaki sambil update blog sambil duit masuk. RM0.15 minimum kalau ade orang click ads but kalau jadi ahli ekskusif, ko akan dapat minimum RM0.25 per click.

So, kauorang click lh ads nuffnang dekat blog aku ni. Lepas tu nanti aku pegi click ads dekat blog ko plak :-) Daftar lh sekarang! Duit dalam internet ini bersepah, tinggal nak kutip je. Nak dengan Tak nak je :-)

Jangan lupe click ads nuffnang aku banyak banyak :p





Selamat menyambut maal Hijrah!

Football Association Malaysia

Presiden FAM perkenan ganjaran
SUDAH menjadi lumrah, setiap kejayaan pasti ada ganjaran. Perkara itu tidak terlepas daripada pandangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sudah berkira-kira memberikan ‘durian runtuh’ kepada skuad negara jika emas yang dinantikan selama 20 tahun berjaya dibawa pulang. Lagi klik sini


Apa yang pelik tentang artikel di atas? Tiada yang pelik? Cuba fikirkan sekali lagi!
YA! ini lh perosak utama skuad bolasepak! Baru masuk Final sudah berkira kira tentang memberi ganjaran. YA! FAM sendiri yang merosakkan minda pemain pasukan bola sepak! Mereka bermain untuk ganjaran atau dengan semangat patriotisme? Aku percaye mesti ade pemain bola sepak beraksi dengan minda penuh khayal dengan wang ringit. Baru masuk final sukan sea! Aku tidak heran kalau ade pemain atau pegawai pasukan bola sepak ini akan mendapat gelaran Datuk! Sedangkan orang bukan warganegara pun senang senang dapat gelaran Datuk.

Buka lah minda, dahulu Malaysia pernah mengatasi Jepun, Korea, China. YA! kita pernah menewaskan pasukan pasukan tersebut. Ini baru masuk final sukan sea sudah riuh satu dunia. Seolah olah Malaysia pasukan terkuat. ceittt podahhh! Mari kita membuka minda, Malaysia pernah menewaskan Jepun Korea China, itu fakta bukan? Jepun Korea China telah memasuki World Cup, ini juga fakta bukan? Ohh sangat sukat dipercayai, negara yang dahulunya kita pernah tewaskan kini sudah memasuki World Cup! ini adalah fakta! Malaysia? Piala Asia pon tewas pada peringkat saringan, saringan beb bukan peringkat kumpulan, sedih memang sedih. Ape yang Malaysia bangga, Malaysia dapat tewaskan Timor Leste, Laos. Itu yang dibanggakan, bagi aku, aku tak bangga pon kerana menang dengan negara yang masih lagi main bola atas tanah merah. Ibarat gajah berlawan dengan kancil, sudah boleh tahu siapa yang menang. Malaysia sekarang sepatutnya sudah setaraf dengan Korea! ini lawan dengan Thailand pon dah macam main dengan Real Madrid, dengan Indonesia lagi lh, seri sudah dikira kejayaan besar!

Persoalannya, sampai bile rakyat Malaysia akan ditipu dan diberi harapan palsu? Berapa lama lagi masa diperlukan untuk duduk sebaris dengan Korea? Berpijak lah dibumi yang nyata! Hapuskan politik dalam FAM! Ko hanya fikir duit duit! Hapuskan politik dalam bola sepak! Jangan harap Malaysia nak maju kalau orang orang politik yang busuk hatinya menerajui bola sepak. Buat presiden FAM, sampai bila lagi mahu pegang jawatan itu? Malaysia semakin mundur dalam bola sepak, aku merayu tolong lh beri peluang kepada orang yang benar benar jiwa bola sepak menerajui FAM!

Kesimpulannya, pasukan bola sepak negara perlu dirombak. Struktur organisasi perlu dirombak, hapuskan orang orang politik.Walaupun pahit tetapi hakikat nya itu lh yg terbaik. Final sukan sea esok juga Malaysia perlu menang. Kalau kalah aku tak tau lh nak cakap ape lagi.

Yang sering berharap,
KERET.

Prophecies

Ketika manusia leka dengan kehidupan dunia masing-masing,ada sekelompok manusia memerhatikan perjalanan dunia ini mengikut kepercayaan mereka. Mereka memerhatikan bintang bintang dan pergerakan cakerawala.Mereka membelek kitab-kitab lama dan mencari-cari petanda.Ketika manusia berfikir hidup mereka berjalan sepenuhnya mengikut Hukum Sebab dan Akibat,mereka percaya perjalanan peristiwa di dunia ini sudah dirancang melalui satu susunan petanda dan boleh diketahui!

Mereka amat obses dengan ramalan-ramalan.Pada titik-titik tertentu,mereka percaya mereka mampu mengubah perjalanan takdir di dunia ini.

'Dengar' baik-baik.

"Prophecies"

"...Sesungguhnya kamu bertanyakan kepada Rasullullah s.a.w perkara-perkara yang baik, sedangkan aku bertanyakan yang buruk, kamu bertanyakan kepada baginda perkara yang telah berlaku, manakala aku bertanyakan PERKARA YANG AKAN BERLAKU"
(Huzaifah Ibnu Yaman r.a -Penjaga Rahsia Nabi)

Di dalam istilah konspirasi,manusia terbahagi kepada tiga bahagian.Pertama,manusia yang mengetahui kebenaran sebenar dari The Source (Allah Azza wa Jalla) dan patuh dengan bimbingan dan panduan dari-Nya.Kedua,manusia yang mengetahui kebenaran bersumberkan pengetahuan The Watcher (Iblis 'Izzazil' Laknatullah) dan mereka cuba untuk menentang The Source.Ketiga,manusia yang menjadi zombie.Mereka manusia dungu yang makan untuk hidup,hidup untuk makan.Mereka bagaikan haiwan ternakan sahaja.Golongan Elit dari kasta Yahudi mempunyai istilah khas untuk manusia seperti ini.Mereka yang hanya hidup di dunia tanpa mengkaji apa yang berlaku di sekeliling mereka ini digelar GOYYIM.JIka anda mendapat kesedaran sekarang,cuba keluar ke pekan dan ke tempat-tempat awam sebagai contoh,di MidValley atau KLCC dan perhatikan gelagat Goyyim-goyyim ini menghabiskan waktu mereka dengan material dan hiburan sahaja.Pada waktu tengahari berpusu-pusulah mereka ke tempat makanan seperti kambing-kambing kerana kelaparan.Selepas itu bertebaranlah mereka mencari hiburan atau bekerja mengumpulkan harta benda tanpa berfikir sebentar mengapa mereka diciptakan.

Para Sekular,Islam Liberal (contoh: Sister In Islam dan seangkatan dengannya) dan Modenis-Materialis yang saban waktu mencari cara bagaimana untuk melacurkan agama mereka bagi sesuap nasi dan pujian Para Elit ini sebenarnya berada dalam kondisi yang amat malang dan diperangkap secara halus.Idola mereka ialah Amina Wadud yang mengetuai solat Jumaat di gereja.Tujuan hidup mereka ialah dapat menjadi seperti Amina Wadud itu,berjaya menjadi keliru dan melacurkan agama sendiri secara terang-terangan.Buat permulaan, solat Jumaat boleh bercampur lelaki dan perempuan dengan keadaan perempuan boleh membuka rambut mereka dan muazzinnya juga seorang perempuan.Selepas itu yang solat Jumaat boleh dilakukan dalam keadaan perempuannya boleh memakai bikini dan yang lelaki tanpa memakai baju.Minggu depan solat Jumaat dijalankan dengan semua jemaahnya berbogel dan selepas salam mereka boleh berpelukan tanda kasih sayang dan seterusnya melakukan hubungan seks.Inilah tujuan sebenar Islam Liberal,meliberalkan Islam sehingga duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan goyyim-goyyim yang lain,menjadi dungu dan kebingungan.

Rahsia yang mereka tidak ketahui ialah SEBENARNYA PARA ELIT NASRANI DAN YAHUDI MENGKAJI ISLAM DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH dan dalam diam-diam mengakui kebenaran Islam.Namun PENGETAHUAN SAHAJA TIDAK CUKUP.Iman bukan datang kepada orang yang paling banyak ilmunya.Iman adalah anugerah Allah Azza wa Jalla.Iman tidak boleh dibeli dengan ilmu pengetahuan.Orang Yahudi Zindiq yang dikutuk-kutuk orang Melayu itu sebenarnya ada yang lebih fasih membaca AlQuran dan lebih banyak ilmu agama Islam berbanding dengan orang-orang kita yang kafir-mengkafir dan menjadi sekular.Jika dengan ilmu sahaja boleh mendatangkan iman,maka sudah pasti 90% penduduk dunia adalah orang-orang Islam yang BERIMAN,namun sebenarnya IMAN adalah hidayah Allah Azza wa Jalla yang paling mahal dan tidak semua dapat memilikinya.Amina Wadud menerima pelbagai kelulusan dari University of Michigan,American University in Cairo,Universiti Al-Azhar dan Universiti Kaherah dalam pelbagai jurusan agama seperti bidang Tafsir,Falsafah,Pengajian AlQuran dan sebagainya tetapi akhirnya output yang keluar darinya ialah setaraf dengan output yang dikeluarkan oleh Ayah Pin dan Rasul Kahar.Amat menyedihkan semua goyyim ini walaupun disekolahkan dengan harapan dapat membimbing umat Islam tetapi akhirnya menjadi goyyim ternakan Para Elit Nasrani dan Yahudi.

Pada masa dahulu para jin mampu untuk duduk di titik-titik tertentu di dalam dimensi untuk mencuri berita-berita dari langit,namun selepas kelahiran Rasulullah s.a.w,mereka tidak dibenarkan lagi untuk mencuri data-data dari langit ini.

“Dan sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).”
(Qs. Al Jin: 8-9)

Manusia yang paling percayakan kiamat akan berlaku ialah para Elit ini.Sebab itu industri Hollywood yang menjadi tempat 'luahan perasaan' mereka banyak menerbitkan filem-filem berkaitan akhir zaman dan kemusnahan besar-besaran bumi.Armageddon,Deep Impact,The Day the Earth Stood Still ,The Day After Tomorrow dan Knowing adalah antara 'luahan perasaan' para Elit ini tentang 'The Judgement Day'.Namun goyyim-goyyim di Times Square,Kuala Lumpur masih mencari hiburan untuk memenuhi nafsu hidup mereka yang sementara ini.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik"
(Ali Imran 110)

Sesungguhnya manusia ini sungguh sombong dan bodoh sekali.

Malaysia Boleh!

Malaysia telah melangkah ke final sukan sea dengan penuh bergaya. Dengan semangat harimau, skuad negara telah menidakkan Laos dari mencipta sejarah memasuki final buat kali pertama. Tiada yang pelik dengan kemenangan ini kerana di atas kertas, terbukti Malaysia berada jauh lebih tinggi standart nya berdasarkan rangking dunia. Dengan jaringan 3-1 Malaysia sudah mengesahkan untuk mengutip pingat sekurang kurangnya perak dari sukan sea yg berlangsung di Laos ketika ini.
Secara keseluruhan, Malaysia bermain dengan cemerlang sekali, pujian harus diberikan kepada barisan tengah skuad negara kerana berjaya mendominasi perlawanan. Ketiadaan Fakri Shaarani dan juga Amirul Hadi Zainal sedikit dirasai apabila barisan serangan skuad negara malam tadi boleh dikatakan agak tumpul. Gol gol yang diperolehi adalah sumbangan dari pemain pemain tengah.
Diharapkan pemain pemain muda negara dapat memberikan sebutir pingat emas kepada skuad negara secara keseluruhan pada sukan sea edisi Viatnam. Di pentas final nanti diharapkan Fakri Shaarani dapat digandingkan dengan Shahrul Idlan Talaha dibahagian striker. Diharapkan juga Zakuan Adha tidak diturunkan. Mamat ni OVER RATE je lebih, main tak lh bagus mana. Main penuh dengan emosi, dengan ref Malaysia boleh lagi, dengan ref Internasional, mesti dapat kad. Pemain negara beraksi di pentas final dengan semangat ingin membalas dendam kekalahan di atas Viatnam pada perlawanan peringkat kumpulan. Diharapkan juga pengadil yang bakal mengadili perlawanan ini akan beraksi dengan lebih adil. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.
Majulah sukan untuk negara!
MALAYSIA BOLEH!

Liverpool

Buat kesekian kalinya, Liverpool kalah. bodo bangang tak reti main bola. Lancau lh, penat aku sapot. haih. Tadi aku lepak mamak.Acctly aku malas, tak selesa,kotor,tak ade clas. Tapi dah ade membe semangat ajak ,aku on jelah, tu pon lepas die cakap nak belanje makan minum -.- Acctly tv dekat rumah aku rosak, dekat seminggu dah. bapak aku buat bodoh je, nak kasi pengajaran sikit dekat adik adik aku haha , yelah dulu kan asyik tv je, sekarang dah rosak, haaaa amik ko! haha cool bukan bapak aku? hahaha .
Ok back to topik, aku rase Liverpool kene beli lagi seekor penyerang. kesian si abe Torres tu. Bodo, main stiker solo lepastu letak defender midfil banyak banyak, mane nak gol nye woi. Bernitez, ko masuk kan lh Aqualini tu ganti Lucas, Lucas ni main macam haram, buat death ball pon tak reti, bodo mangkuk hayun haha. Lepastu, ko ajo budak budak tu care nak halang setpiece pasukan lawan. Aku tengok team ko ni, kalau corner ke kalau freekeck ke, mesti gol. Sebab freeheader, sebab player ko tak making geng lawan. ok faham Bernitez? macam ni la care main bola, haiiiiiii sakitt hati aku tengok taktikel ko ni, sampai bile nak harap Gerrad, bodo, cari lh pelapis, tak kan ni pon aku nak ajar? Bodo ko ni. Untuk owner Liverpool pulak, ko jangan lh besar kepale, sukati bapak ko je nak jual saham team Liverpool.Kalau ko main jual jual saham, sikit lagi ramai lh pemegang saham dekat Liverpool, lepastu susah nak buat keputusan majoriti, sebab bukan semua pemegang saham sekepale dengan ko. Bodoh jangan nak politikkan bola sepak =.=  fuhhhhh

Dulu mase ade Alonso, ko pegi jual, sekarang apa sudah jadi? si Lucas tu main pon aku rase Hardi Jaafar main lagi bagus.





sape lagi hensem? mesti lah abe botak kan? hahahahahahahaha

Ok pesanan akhir aku, Liverpool, ko main lh elok elok kalau ko tak nak hilang sokongan aku. Kalau ko main bagus bagus, tahun depan aku beli jersey ori ko. Tahun ini tak boleh beli sebab ade lambang carsbelg, nak beli lokel aku malas. Tahun depan standet chartet bank taja ko, so boleh la aku beli yg ori, tapi ko kene lh main elok elok ok sayang, love you hahahahahahahaaaa
YOU"LL NEVER WALK ALONE

BBQ

9 Dec to 10 Dec of 2009, my friends and i have realise our planed to have a BBQ at Teluk Batik. HAHAHA. Seramai 8 orang telah selamat pergi dan balik. 6 orang lepasan SPM 09 dan 2 orang lagi yang agak berumur haha. Total damage RM 105 =.=

Day 1 (9 DEC)
Masalah transport, perjalan terpaksa ditunda beberapa kali. Kerjasama yang diberikan sangat buruk. Masing-masing dengan penderian masing-masing. Keras kepale lh senang cakap. Huh. Pukol 5 baru masalah transport selesai. Seramai 8orang telah memuatkan sebuah MPV. Gilo jang satu keto 8orang! Apo bole buek. hahaha. Masalah kedua, port. Dalam 30minit juga berlegar-legar mencari port untuk mendirikan rumah. Akibatnya, rumah terpaksa dibina dalam kesamaran kerana hari mulai gelap! Malam pegi Gaint then terus BBQ . Then lepak sampai ngantok.

seorang tiada dalam gamba(tukang tangkap)

agak bodoh juga panggang hotdog dalam api, habis hangus tapi sedappp.nikmat ^.^



:)

time lepak

Day 2 (10 DEC)
Pagi ini tak ade benda menarik pon. Mandi manda then ke Lumut breakfast then balik. Mase isi minyak, sempat berkenalan dengan bangla pump minyak hahaha.


yob baju putih ni single lagi =D



Ok dah habis. Saje je aku nak tulis sini, bosan tidak ade kerje, nak bace buku, SPM sudah habis pula hahaha poyo -.- Banyak lagi kenangan dan insiden yang rasanya tak perlu diceritakan. Ok next aku akan pergi Kedah pulak, Aloq Staq, kampungku .

Turbo



YES aku dah faham macam mane sistem turbo berfungsi. So sekarang boleh lah pasang angan-angan nak menTurbokan kereta mak aku =D tunggu duit je, ade duit kalu, jalaaannnn =D

Acctly, sistem ini tak sesukar yang disangka. Cukup simple!
Turbo adalah force induction bagi meningkatkan kuasa injin. Kuasa sesebuah injin dipengaruhi oleh oksigen yang memasuki kebuk pembakaran. Turbo terdiri dari turbin, wastegate, intercooler dan juga sistem enjin biasa. Jika ingin berangan memasang turbo, enjin mesti ditukar kepada twin cam injin ataupon dipanggil DOCH(Double Over Head Cam) untuk memberi lebih kuasa memecut. Ok sekarang aku akan terangkan komponen-komponen dalam sister turbo ini mengikut apa yg aku faham :

Turbin : Bertanggungjawab untuk membawa masuk angin panas(asap) ke intercooler. Turbin ini terletak di manifold ekzoz sesebuah kenderaan. Asap yg melalui nya akan megerakkan turbin dan seterusnya asap tersebut akan bergerak terus ke intercooler. Bersama-sama turbin, terdapat wastegate.

Wastegate : Bertanggungjawab untuk mengawal jumlah asap yang memasuki turbin (mengawal boost). Jika asap atau boost sudah mencapai tahap nya, wastegate akan terbuka dan seterusnya asap itu akan keluar melalui ekzoz kenderaan. Wastegate juga akan tertutup apabila 'trotel' dilepaskan, bermakna tiada asap akan melalui turbin dan intercooler. Pada saat ini anda akan mendengar bunyi 'kepissss' kerana tekanan asap tadi dilepaskan ke surrounding environment.

Intercooler : Bertanggungjawab untuk menyejukkan asap(angin). Angin yang sejuk memberi lebih oksigen daripada angin panas bukan? Selepas angin tadi disejukkan, angin tersebut akan memasuki injin untuk proses pembakaran. Pembakaran memerlukan angin dan minyak. Angin yang lebih oksigen akan membuatkan pembakaran lebih sempurna dan akan memberi lebih kuasa.

Blow Off Valve : Bertanggungjawab untuk membuang lebihan atau sisa-sisa angin sejuk yang tidak digunakan. Seterusnya mengawal angin atau boost yg memasuki injin. Apabila 'trotel' dilepaskan, injin tidak memerlukan angin yang banyak untuk melengkapkan pembakaran, disini lah BOV ini berfungsi.BOV ini kebiasaan terletak di intercooler.

Tidak sukar bukan sistem turbo ini? cukup simple kerana tidak terlibat secara langsung dengan komponen didalam injin. Tetapi, sayang seribu kali sayang kerana dasar automotif negara ini menyebut bahawa tiada lagi barang-barang terpakai import atau halfcut pada tahun 2011. Ini bermakna sukar untuk mendapatkan injin-injin DOCH yang kebiasaan nya diambil dari model kenderaan mitsubishi. Halfcut ini diimport dari negara yg mengamalkan dasar scrap. Kereta yang melebihi umur-umur tertentu akan discrap. Contohnya negara Jepun dan Singapura.



Ok sekian untuk kali ini.
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong betolkan.

Keret :)

Industri filem Tanah Air

Belom pon reda masalah Mat Rempit, kini masih ada lagi nak meneguk di air yg keroh .Persoalan nya, sampai bila kah filem Mat Rempit harus dibikin? Sampai bilakah Mat Rempit akan terus diagongkan? Belom pon reda kontroversi filem Bohsia, kini muncul pula filem Adnan Semp-it .walau pon cerita ini berkisarkan tentang cinta berlainan darjat, akan tetapi filem ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi remaja untuk melalukan aksi stunt yg merbahaya di jalan raya atau mungkin dihadapan rumah anda sendiri? Aku adalah salah seorang yg menentang keras filem Bohsia ketika filem ini mula ditayangkan kepada umum sedikit masa lalu.

Pada asasnya, apakah kebaikan menonton filem Bohsia? Pada pendapat aku, filem ini hanya menjatuhkan maruah orang melayu. Tidak malukah anda sebagai seorang melayu apabila menonton filem itu? Tidak malukan anda apabila menonton filem seperti itu bersama dengan ibubapa anda? Penuh dengan kata-kata kesat dan tidak sesuai untuk golongan pelajar sekolah. Persoalan nya, bagai manakah filem seperti itu seolah-olah dihalalkan tayangan nya di pawagam? Adakah kerana pengarah filem itu mempunyai 'kabel' yang kuat? Fikir-fikirkan lh.

Setelah filem Bohsia berjaya box office di Malaysia, industri filem Mat Rempit tidak berkubur begitu sahaja. Malahan filem-filem berunsurkan Mat Rempit bagai cendawan tumbuh selepas hujan di negara ini. Salah satu nya adalah Remp-it 3. Difahamkan filem ini bakal ditayangkan pada hari raya syawal yg lalu, tetapi nasib tidak menyelebahi apabila filem arahan Farid Kamil ini tidak 'lulus' untuk ditayangkan. Persoalan aku, sejauh mana 'kehebatan' filem ini? sedangkan filem Bohsia dengan wanita separuh bogel, kata-kata kesat pon boleh 'lulus'. Oleh itu, dapat digambarkan sejauh mana 'kehebatan' filem Remp-it 3 ini. Sudah tentu lebih memualkan dan lebih aksi-aksi 'bukan cara Islam' daripada filem Bohsia. Difahamkan juga filem Rempit 3 ini akan ditayangkan pada awal tahun hadapan dengan tajuk baru dan dipotong babak-babak hangat. Sama-sama kita nanti kan dan aku tidak akan terkejut kalau filem berasaskan Mat Rempit ini akan box office.

Pada masa yang sama, filem Adnan Semp-it juga akan ditayangkan pada awal tahun hadapan. Jalan cerita filem ini mirip filem Bohsia. Mengisahkan seorang perempuan yang bekerjaya yang telah jatuh cinta dengan seorang Mat Rempit. Berdasarkan sinopsis, filem ini agak menarik dan kurang kedegikkan kaum hawa. Boleh dikatakan filem komedi juga. 

Persoalan nya, sampai bila rakyat Malaysia akan terus dihujani filem-filem sebegini?

Sekian. :)

:)

aku officially bukan budak sekolah lagi. Bye Bye school, Welcome 2010 :)

Ya Allah, kini aku bertawakal kepadamu ya Allah setelah aku berusaha sebaik mungkin dalam SPM09. Berikan lh kejayaan kepada hamba mu ini. amiin :)

coretan budak mentah

yes tinggal satu paper lagi! fuhhh dah boleh enjoy sikit2 ^.^ tadi paper fizik not bad lh, paper3 spot magnet dengan load, alhamdulillah kelua :D seronok doe, aku jawab dua dua essay tu =D tempat aku sebelah pintu tapi panas. angin kuat tp angin panas, erhhhh . bio paper3 lenjun baju aku, td pon nyaris2 je, apasal la tak pasang aircond, yelaa sekolah aku kan taksub dengan "perhatian" . kalau boleh semua kelas nak ade aircond, kalau boleh nak semua sekolah tau hari rabu sekolah aku pakai uniform, tu lh sekolah aku, pentingkan populariti, tapi akademi tak cemerlang. buat kelas tambahan tapi hangat2 tahi ayam, hari2 cancel, ape jadahnya haha .
budak2 pengawas pon haram jugak, rambut pnjang tak ape, ponteng melepak semua tu macam 'halal' je dekat mate cikgu. tapi nasib baik aku budak sains, cikgu tak berani usik HAHAHA hari2 aku datang lambat but cikgu rilek je senyum, coollll . tapi tu semua kenangan, lepas ni aku tak jumpa dah dorg, aku dah besar.cehh cehh haha . and yes, aku dah mula rindu sekolah aku rindu cikgu2 aku, aku rindu kata2 cikgu aku, selalu bagi semangat kat aku and kawan2 walaupun kiteorang nakal sikit, and sekarang kami dah berubah. thanks cikgu :)
dalam exam aku selalu terfikir pasal mase depan, bukan pasal pekerjaan tapi pasal tanggungjawab aku, sekarang pon aku dah rase, and aku tak dapat bayangkan macam mane aku nak jadi budak dewasa, cari duit sendiri, arhhh aku ketakutan :| tak dapat aku bayangkan kehidupan selepas alam persekolahan :| tak ada lagi sahabat gelak tawa, lepak sama2 , tak ada masa jenguk mak aku mungkin bila aku melanjutkan pelajaran :| cuti sem 4 kali je setahun so that mean aku balik rumah dalam setahun hanya 4kali :| tak dapat ku bayangkan.  and aku maybe tak akan keje sambil tunggu result sebab aku nak luangkan masa dengan mak aku, nak drive die pegi mane2 die nak, i love you mum : hari2 aku fikir macam mane nak happykan die but im blur, aku tak tau, ohh :|
esok aku plan nak pegi ipoh. aku nak buat kawan2 aku happy sebab aku tau lepas dapat result nanti kite mungkin tak jumpa dah or maybe masing2 dah bawak haluan masing2.ntah lah, aku tak faham kawan2 aku, dorang macam tak sedar or aku yg terlalu over? and then hari sabtu aku gerak sungkai, dah janji dengan nenek aku nak ambik die balik, die duduk rumah adik die sebab adik die tu pegi mekah. adik nenek aku tu pon kire nenek aku jugak en tp aku tak berape nak jumpa sangat. then ahad maybe pegi ipoh lagi sekali, hantar sedare plak balik kolej, tu pon kalau die suruh anta lah. then isnin ade class kimia. selase exam kimia. weekend next week aku plan nak lepak kg aku. nak jumpa classmate, kawan2 mase sekolah rendah. haritu dorg ade mesej aku mase spm. terharu doe, tak sangke dorg igt aku, aku je tak ingat dekat dorg hmm acctly aku ade jugak sahabat dekat kg, aku emi erol , kiteorang memang top la dulu dekat sekolah, emi tu sebaya aku tapi die pangkat pakcik sebab die sepupu dengan mak aku,erol tu plak orang kaya, bapak die ade banyak tanah and jugak orang kuat UM*O dekat kawasan die tinggal. lepas tu aku kene balik kedah, sebab nak ambik adik aku plak, lepas tu nak gerak kl insyaAllah :) oh tak lupa jugak gath bebudak 3rk 2007. i miss all my friend. ini lah yg aku cakap, tanggungjawab. nampak bukan tanggungjawab aku dalam bulan 12 ni. aku bukan merungut but aku tak tau macam mane nak hadapi, tu baru sikit, nnti  dah duduk asrama, tak ade mak bapak aku, lagi besar tanggungjawab aku :|
banyak plak aku menaip harini. aku pon pelik :-? haha


p/s : sape ade jawapan objektif utk paper spm ni hulur2 lh ok. sharing is caring :)


ASSALAMUALAIKUM.

dunia kesilapan mata v4



ok lets start with Human Head by Animal

cool tak?




statik or moving? :-?

arhhhhh!

kalau tengok betul2, akan nampak garisan hitam bersilang bukan?think again....


KERET.


Terkenang bersama mengejar pelangi
Menempuhi rintangan onak berduri
Percaya kataku ini
Kanku bawa kau kembali



Kernaku masih mengejar impian ini
Harapanku ini masih belum lagi mati
Kau mudah melupai
Erti perjuangan ini
I still remember those glory days
Where no one dared to get in our ways
It only seems like yesterday
Seeing boots and braces all the way

We used to live out on the streets
We used to drink and used to steal to eat
We shared the joy and we shared the pain
I've never thought you'd call it a day

We were so proud
We were so strong
But now where have all the bootboys gone?
The joy we had
The pain we shared
Are always on my mind.

kerata idaman vol2

ok ni plak kerete idaman aku. aku tau ramai lagi minat kerete ni =.= tunggu aku kaye dulu lh weh baru boleh mimpi drive kerete ni.

Engine Order Code
4B11
Engine Type
Gas I4
Displacement
2.0L/122
Fuel System
MPI
SAE Net Horsepower @ RPM
291 @ 6500
SAE Net Torque @ RPM
300 @ 4000

berkenan betol aku dengan injin die. urhhhh .ya Allah berikan lh hambamu ini kekayaan agar dapat memiliki kerete ini :)



stim tak? cool bukan design die.huhuhuhu





ok cool bukan kereta idaman aku? wahhh enjin power design mantap ape lg kau nak. tapi harga tak tahan, RM320k lepas cukai, AP, semua. dengar cerita tahun depan waja nak kelua baru and based on this car. adoi tak best lh macam ni. then fyi, kereta proton wira tu based on mitsubushi lancer jugak. tu pasal ramai budak2 convert masuk halfcut evo sebab ruang enjin die ngam2 masuk injin evo. ok ini lah kereta idaman keret! :)

KERET.

kereta idaman vol1

impian aku tak mahal, cukup lah sekadar kereta buatan air tangan rakyat malaysia :)

 satria neo CPS 1.6cc 125horse power . kalau boleh proton buat lh model limited edition pakai campro CPS turbo yg bakal dikeluarkan tahun depan :)

mantap bukan? lagi2 rim tu erhhhh

gosh gosh. hope one day aku mampu beli kerete ni. aminn :)

uhhh AWESOME!

standed spec dari kilang. STP rulez! Standart Tapi Power!


harge NEO ni tak lh mahal, mampu milik. dalam 60k utk full spec. ok nnti aku update kerete idaman aku plak yg harga 1per4 dari RM1juta :) almost 300horse power. kepiss kepisss rulez :)

yang tengah berangan,
KERET

SPM vs RTW9

ok harini exam math.ok lh soalan. not bad. tak susah tak senang but ade buat simple mistake lagi erhhhhhh! so tinggal lagi 5 paper. ok cool best best nak habis dah. wahhh lepas ni tak jadi budak sekolah dah, jadi mat belia plak =D haha . sape ade answer for math paper1 boleh lh share. td cikgu aku ade buat sikit but separuh je. adoii =.=


ok sekarang aku nk cakap pasal Rock The World plak. tahun ni kalau jadi insyaAllah untuk kali ke 9 . 1st nak buat dekat sunway but dah tuka ke car park stadium bukit jalil. ok cool :) 26Dec from 12noon till late. tiket baru rm25.ok lh not bad harge lame macam tahun2 lepas. fuhh more than 60 band but ade 3stage mati la kalau 60band 1stage =.= list band not bad lh cool jugak . ade pretty ugly, aku suke band ni. lame dah menyepi. then of cos lh band indie banyak, bittersweet couple bunkface pesawat etc . orang ipoh pon ade, free love dengan jayzuan ;D  tapi ralat sikit lh sebab meet uncle husin and azlan the typewriter pon ade .haha . tapi hujan tak ade plak, hujan kan top this year but tak ade plak dalam list.


ok ni flyers, moh le kome =D



writen by,
KERET

The ACAB

wow semalam aku bukak ade satu forum ni (asscrewz.com) lepastu aku macam tertarik dekat satu thread tu. cerite pasal megat ACAB. kenal? alaaa satu mase dulu pnh jadi ikon bebudak skin head OI! OI! OI! . wow sekarang die dah dapat hidayah. alhamdulillah . macam tk percaye! skinhead ni bebudak yg kepale botak, selua ketat, baju polo fred ferry + boot timberland . dulu punya lh teruk megat ni, last2 berubah jugak. TABIK! :)
ni aku copy sikit dari forum tu
Band dia pulak nama bukan calang-calang A.C.A.B, a.c.a.b ni bukan aku cinta aku benci..tidak sesekali la nama dia camtu. A.C.A.B nama yang lahir dari salah satu prinsip skinhead. Budak belajar U.K mesti tau pasal skinhead nih. Nama megat zaman glamer dulu magskin. Tapi sekitar 2002 band nih, berpecah dan betapa glamer dorang siap ada album tribute to a.c.ab. nyanyian band skin lain. Kat Malaysia nih, berapa artis ada tribute album?..
sebab berpecah banyak, tapi salah satu Megat nak pegi U.K belajar muzik kat sane. Bila balik jer dalam tahun 2005, a.c.a.b jadi The ACAB..dan kuar statement of the year kat majalah Konsert "saya bukan skinhead lagi" ucap Megat. Rambut pun dah panjang paras bahu.

Waktu sekolah dulu band nih antara yang paling glamer dalam vocabulary budak2 laki. Kalau tak percaya, pergi kat sekolah menengah, mesti banyak lagi contengan A.C.A.B kat dinding kat meja, kat kerusi..haha. A.C.A.B nih band skinhead, jadi seperti yang diketahui budaya skinhead nih memang diharamkan kat sekolah aku. Sampai satu tahap, aku rasa cikgu-cikgu sanggup lagi tengok budak rambut panjang lepas dari kolar, pakai suar yang kaki besar (suar cantona7 glemer bai, time aku form 1) dari tengok budak kepala botak, suar kaki kecik, pakai lak button @ badge gambar boots. Tapi, pada hari guru lepas gak budak-budak nih tujukan lagu where have all the bootboys gone kat cikgu disiplin. Mungkin masa tapisan senarai lagu lepas la sebab tajuk lagu tu tak direct ada kaitan ngan skinhead.

Tu kisah masa dulu. Sekarang remaja dah tak taksub ngan budaya skinhead, cikgu-cikgu sek menengah kena belajar vocab baru dorang iaitu pailang, langsi, taiko, kongsi, merah, putih, hijau, da macam jenis petrol la pulak minyak merah, minyak hijau, paling baru minyak kuning haha..budak sekarang tengah 'up' nak jadi cam Chicken, Chan Ho Nam dan rakan-rakan. Semua bajet nak jadi kongsi gelap, yakuza, ngan mafia. Pengaruh game facebook la nih haha..

Tapi sekarang antara penyanyi pujaan budak skinhead nampaknya dah berubah, tu la mastika dulu kutuk-kutuk dia secara sipi-sipi, kalau kutuk direct kena saman la. Jadi majalah nih tukar dari mag jadi mad. Sapa tau mungkin dia boleh jadi lebih baik dari yang menulis. Allah S.WT berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki Nya. Semoga kita semua beroleh hidayah dan keampunan dari Allah. Semoga juga megat terus-terusan begini.

ok ni gig sebelom die berubah

ok ni plak mase melodi pegi terjah

aku tulis ni sebab dulu aku memang minat gile ACAB ni. muzik die lh. 
kire masuk dengan jiwa aku. 
Alhamdulillah berubah jugak mamat vokalis ni. hope bebudak skin head 
pon ikot lh ikon dorang ni . ok coooll