tak keterlaluan kalau aku cakap segala galanya bermula daripada perlawanan ini. Liverfool melawan Sunderland. Tidak mungkin akan aku lupakan seumur hidup aku, ya! mungkin anda juga begitu. Dengan gol hasil lantunan beach ball, Liverfool telah kalah dengan bergaya!
Bagi aku, tidak keterlaluan jika aku menyalahkan mamat 2 ekor dekat atas ini. Terlalu banyak mistake, simple mistake yang mamat 2 ekor atas ni buat. Nak buat macam mane, dah senior, nak tak nak kena lh bagi mereka main juga. Karenah birokrasi!
Kauorang tentu kenal bukan mamat jambu atas ni? Dia lh yang digembar gemburkan bakal menyinar dalam BPL 2009/2010. Tetapi dengan kekerapan mengalami kecederaan telah membantutkan usaha mamat atas ni menbawa piala BPL buat Liverfool buat kali pertama. Jentera serangan diterajui mamat atas ni gagal menghasilkan gol gol kemenangan buat Liverfool. Tetapi, mamat atas ni telah melakukan penampilan ke-100 bersama Liverfool ketika game last week menentang Wolf. Dengan berbekalkan but baru(warne hijau) mamat ni telah menyumbangkan gol. Lebih manis lagi, itu adalah gol ke 35 dalam penampilan ke 37 di Anfield, kalau aku tak silap info lh ok.
Ini lh dia boss besar di Liverfool. Tak perlu aku perkenalkan lagi, cukup diberi perhatian, disebut sebut bakal mencipta sejarah buat Liverfool tapi habuk pon tarak, UEFA? dah terlepas. Big 4? masih samar samar. Pelik bukan mamat ni belum kena pecat, ilmu apa die pakai? ilmu hitam? ilmu siam? ilmu indon? atau mamat atas ni ade bela jin sampai orang tak berani usik? teeeeettt jawapan semua salah. Mamat ni tak kena pecat lagi kerana die masih ade kontrak lagi dengan Liverfool, jika mahu pecat juga, mamat atas ni berhak menuntut ganti rugi berjuta juta USD. Macam kauorang tau lh, Liverfool mane ade duit, nak beli player pon tak ade duit, hasilnya pemain injured di recycle berulang ulang kali walaupun belom fit 100%. Dengan taktikal tidak menjadi, aku menyokong, Liverfool gagal adalah kerana mamat atas ni.
Kesimpulannya, Liverfool boleh lah mengucapkan selamat tinggal kepada kejuaraan BPL bagi musim ini. Dengan kekalah 2-0 kepada Portmos, tertutup sudah gelaran BPL untuk Liverfool. So kalau tahun depan tak nak kalah manjang, beli lh player yang berkualiti seperti David Silva ok. Rujuk juga entry aku sebelum ini Liverpool .
2 comments:
AKU SOKONG KO. BOO LIVERFOOL :D
AHHAHA. boo boo pon aku minat Liverpool. nak buat macam mane, dah hati suke
Post a Comment