Multi Level Marketing


Aku nak duit! Give me some money! Boleh ke jadi kaye tanpa usaha? HAHAHA. Acctly aku nak cerite pasal MLM hahahaha XD

Kisah ini bermula sejak zaman tok kura lagi(tipu). Kenapa orang suka join MLM? Kenapa mereka mudah ditipu? Kurang didikan kah? Atau mata kelabu? Atau tamak? Atau pon mungkin dia seorang yang lurus bendol? Seribu satu persoalan muncul di dalam otak aku Tetiba teringat aku akan Dr Mathadir. Dia pernah menyatakan bahawa 'Melayu mudah lupa'. Aku pasti ramai yang akan ingat sampai mati perkataan keramat itu. Ramai juga yang ngatakan Dr.M nyanyuk, tapi bagi aku tidak! Jelas terbukti Melayu mudah lupa. Bermula dengan skim cepat kaya, skim Pak Man Telo, skim gores dan menang sehingga lh muncul skim piramid, skim MLM, yang menjadi mangsa majoriti adalah Melayu! Aku sedih!

MLM.apakah disebaliknya?
memang tidak dinafikan ramai yang KAYA dengan MLM. Tetapi RAMAI juga yang merana kerananya!

Apa kata orang ramai?
1.
takat yg aku tgk nie senang kejap jer...ader lah dalam setahun dua...pastu sengsara 7/8 tahun pasal berhutang sana sini.senang je, kebanyakan akan ckp takde jual brg, cume cari org... bisnes hape cari org camtu kalo takde jual brg..cari org ko dpt persen(%), lagi byk org ko dpt, lagi byk persen ko dpt... lepastu terpaksa menipu utk menarik org ramai sertai, bagi ayat2 manis supaya diorang akan tertarik.. tunjuk gambar org berdiri sebelah bmw, merc, audi, padahal tu sume kete sape tah aku pun tak tau..

2.
myspace tunai pon sama gak mcm MLM..
takde barang yg dijual..
cuma ko bagi duit kat org atas ko..
pastu tunggu org bawah ko bagi duit kat ko.

3.
Yang aku tau, geng2 atas aje yg senang. Yg dok line bawah sekali yg melingkup.Bila dah tak de injection, setup company atas nama lain, start balik. Aku dulu rugi RM30 sbb jadik ahli sbb nak tutup mulut member aku yang kalau jumpa muka aku, tu je lah yg dicakapnya. Yang aku tak suka, bila dia dapat income lebih, dia kutuk income kita. (ayat racun nak ajak jadik downline).

4.
MLM..
Menyampah aku dgr..Dulu aku pernah join gak..yg modal 2 ribu tu tp aku x kuar pn modal 2 ribu tu sbb xde duit..
Tp mula2 tu teruja gak psl walau aku x kuar 2 ribu tp aku bole capai level manager-xyah lah aku citer cmner leh dpt level tu cuma ape yg aku leh kate aku menipu org (di ajar oleh upline2)..Pernah dpt ar check RM1000 2-3 bulan..1st month aku hepi bile nk bank in cek tu, 2nd aku dh rase sesuatu, masuk yg ketiga aku rase berdosa ar tipu org..langsung aku x buat dh..
Upline aku dulu pakai merc, pastu jual beli ducati dgn alasan nk tarik downline mat2 motor, tp aku tau dia x mampu nk maintain kete..La ni dh x dgr cite..Abg Ipar dia yg tarik aku join pn dh tak buat dh..xyah lah wei..menipu jer semua ni..

5.
bab tepu ni yang aku sokong,MLM ni kalo masuk mase mula2 bukak mmg untung...pasal mase tu orang xkenal lg..dah lama2 orang dah ramai masuk yang last2 ni ssh nak carik orang. MLM ni kalo kite kenal orang atas mmg bleh berjaya pasal orang atas akan jg kite...tp kalo xkenal lu pikirla sdiri.

6.
member aku ader 2 org masuk HAI-Obat tu...berie2 promote mcm die tau aper bende MLM..
aku pon tak tau tapi kalo ikut logik tak ingin aku masuk...
sebab kalo nak jual produk naper perlu downline?
lagi 1 yg tak paham tu kite kuar modal 20k tuk produk 2..
kalo terjual dapat hasil..kalo tak terjual takkan nak pakai sendiri.
utang kene bayar..

Dipetik dari malaysianbikers.com.my . bukak lh forum tu, bersepah orang cerita pasal MLM. Kebaikan dan Keburukan.

Ok ni dari segi hukum agama pulak.
Q: SAYA dipelawa untuk menyertai aktiviti perniagaan pemasaran pelbagai peringkat atau multi level marketing (MLM) di sebuah syarikat dengan keuntungan yang dijanjikan berlipat kali ganda.Justeru, saya ke syarikat berkenaan untuk melihat sendiri pelan pemasaran yang dijalankan itu. Hati saya tertarik tapi masih ragu-ragu sama ada perniagaan MLM itu halal atau tidak di sisi Islam.Ini kerana sekiranya ada peserta di bawah saya atau downline, saya akan mendapat keuntungan yang dijanjikan itu, tetapi jika tiada, saya tidak akan mendapat apa-apa. Adilkah perniagaan seperti itu di sisi Islam?

A: PERNIAGAAN MLM seperti di atas bukan bertujuan untuk perniagaan (menjual barangan dan sebagainya) tetapi hanya mencari downline semata-mata tidak dibenarkan dalam Islam.Ini kerana tujuan sebenarnya MLM adalah supaya barangan dapat dijual secara terus daripada pengusaha atau pengilang kepada pelanggan dengan harga yang murah kerana tidak membabitkan orang tengah (peruncit).Mencari downline semata-mata hanya menguntungkan syarikat terbabit kerana mereka mendapat yuran keahlian dan seumpamanya. Anda dibayar apabila downline berkembang. Ia adalah sistem piramid (skim Pak Man Telo) yang menyalahi undang-undang dan bukan MLM yang sebenarnya.

Kesimpulannya, katakan TIDAK pada MLM. Orang atas je yang akan kaya, ko? Lepas bayar yuran, terkapai kapai lh ko nak cari orang. Mase tu orang yang tarik ko pon buat tak tau sebab die dah dapat duit. Sebelum terlambat, aku nak cakap, aku BUKAN dengki dengan ko, tapi fikir lh, ko cari orang ko dapat duit, seolah olah ko peras ugut orang tu. Duit yang ko makan tu halal ke?

Peringatan: Mana ada orang kaya terhegeh hegeh ajak kita jadi kaya? Kecuali dia nak pakai duit kita untuk kayakan dia. Nak kaya? Berniaga la betol betol. Bukan cari downline dan sedut duit diorang.



1 comment:

King Of Single said...

bodohnye aku...........cz aku penah
invest seribu lebeh walau aku brstatus student.


org ats aku xtlong ..
aku da r xtaw pape.. T_T