Football Association Malaysia

Presiden FAM perkenan ganjaran
SUDAH menjadi lumrah, setiap kejayaan pasti ada ganjaran. Perkara itu tidak terlepas daripada pandangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sudah berkira-kira memberikan ‘durian runtuh’ kepada skuad negara jika emas yang dinantikan selama 20 tahun berjaya dibawa pulang. Lagi klik sini


Apa yang pelik tentang artikel di atas? Tiada yang pelik? Cuba fikirkan sekali lagi!
YA! ini lh perosak utama skuad bolasepak! Baru masuk Final sudah berkira kira tentang memberi ganjaran. YA! FAM sendiri yang merosakkan minda pemain pasukan bola sepak! Mereka bermain untuk ganjaran atau dengan semangat patriotisme? Aku percaye mesti ade pemain bola sepak beraksi dengan minda penuh khayal dengan wang ringit. Baru masuk final sukan sea! Aku tidak heran kalau ade pemain atau pegawai pasukan bola sepak ini akan mendapat gelaran Datuk! Sedangkan orang bukan warganegara pun senang senang dapat gelaran Datuk.

Buka lah minda, dahulu Malaysia pernah mengatasi Jepun, Korea, China. YA! kita pernah menewaskan pasukan pasukan tersebut. Ini baru masuk final sukan sea sudah riuh satu dunia. Seolah olah Malaysia pasukan terkuat. ceittt podahhh! Mari kita membuka minda, Malaysia pernah menewaskan Jepun Korea China, itu fakta bukan? Jepun Korea China telah memasuki World Cup, ini juga fakta bukan? Ohh sangat sukat dipercayai, negara yang dahulunya kita pernah tewaskan kini sudah memasuki World Cup! ini adalah fakta! Malaysia? Piala Asia pon tewas pada peringkat saringan, saringan beb bukan peringkat kumpulan, sedih memang sedih. Ape yang Malaysia bangga, Malaysia dapat tewaskan Timor Leste, Laos. Itu yang dibanggakan, bagi aku, aku tak bangga pon kerana menang dengan negara yang masih lagi main bola atas tanah merah. Ibarat gajah berlawan dengan kancil, sudah boleh tahu siapa yang menang. Malaysia sekarang sepatutnya sudah setaraf dengan Korea! ini lawan dengan Thailand pon dah macam main dengan Real Madrid, dengan Indonesia lagi lh, seri sudah dikira kejayaan besar!

Persoalannya, sampai bile rakyat Malaysia akan ditipu dan diberi harapan palsu? Berapa lama lagi masa diperlukan untuk duduk sebaris dengan Korea? Berpijak lah dibumi yang nyata! Hapuskan politik dalam FAM! Ko hanya fikir duit duit! Hapuskan politik dalam bola sepak! Jangan harap Malaysia nak maju kalau orang orang politik yang busuk hatinya menerajui bola sepak. Buat presiden FAM, sampai bila lagi mahu pegang jawatan itu? Malaysia semakin mundur dalam bola sepak, aku merayu tolong lh beri peluang kepada orang yang benar benar jiwa bola sepak menerajui FAM!

Kesimpulannya, pasukan bola sepak negara perlu dirombak. Struktur organisasi perlu dirombak, hapuskan orang orang politik.Walaupun pahit tetapi hakikat nya itu lh yg terbaik. Final sukan sea esok juga Malaysia perlu menang. Kalau kalah aku tak tau lh nak cakap ape lagi.

Yang sering berharap,
KERET.

No comments: