Industri filem Tanah Air

Belom pon reda masalah Mat Rempit, kini masih ada lagi nak meneguk di air yg keroh .Persoalan nya, sampai bila kah filem Mat Rempit harus dibikin? Sampai bilakah Mat Rempit akan terus diagongkan? Belom pon reda kontroversi filem Bohsia, kini muncul pula filem Adnan Semp-it .walau pon cerita ini berkisarkan tentang cinta berlainan darjat, akan tetapi filem ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi remaja untuk melalukan aksi stunt yg merbahaya di jalan raya atau mungkin dihadapan rumah anda sendiri? Aku adalah salah seorang yg menentang keras filem Bohsia ketika filem ini mula ditayangkan kepada umum sedikit masa lalu.

Pada asasnya, apakah kebaikan menonton filem Bohsia? Pada pendapat aku, filem ini hanya menjatuhkan maruah orang melayu. Tidak malukah anda sebagai seorang melayu apabila menonton filem itu? Tidak malukan anda apabila menonton filem seperti itu bersama dengan ibubapa anda? Penuh dengan kata-kata kesat dan tidak sesuai untuk golongan pelajar sekolah. Persoalan nya, bagai manakah filem seperti itu seolah-olah dihalalkan tayangan nya di pawagam? Adakah kerana pengarah filem itu mempunyai 'kabel' yang kuat? Fikir-fikirkan lh.

Setelah filem Bohsia berjaya box office di Malaysia, industri filem Mat Rempit tidak berkubur begitu sahaja. Malahan filem-filem berunsurkan Mat Rempit bagai cendawan tumbuh selepas hujan di negara ini. Salah satu nya adalah Remp-it 3. Difahamkan filem ini bakal ditayangkan pada hari raya syawal yg lalu, tetapi nasib tidak menyelebahi apabila filem arahan Farid Kamil ini tidak 'lulus' untuk ditayangkan. Persoalan aku, sejauh mana 'kehebatan' filem ini? sedangkan filem Bohsia dengan wanita separuh bogel, kata-kata kesat pon boleh 'lulus'. Oleh itu, dapat digambarkan sejauh mana 'kehebatan' filem Remp-it 3 ini. Sudah tentu lebih memualkan dan lebih aksi-aksi 'bukan cara Islam' daripada filem Bohsia. Difahamkan juga filem Rempit 3 ini akan ditayangkan pada awal tahun hadapan dengan tajuk baru dan dipotong babak-babak hangat. Sama-sama kita nanti kan dan aku tidak akan terkejut kalau filem berasaskan Mat Rempit ini akan box office.

Pada masa yang sama, filem Adnan Semp-it juga akan ditayangkan pada awal tahun hadapan. Jalan cerita filem ini mirip filem Bohsia. Mengisahkan seorang perempuan yang bekerjaya yang telah jatuh cinta dengan seorang Mat Rempit. Berdasarkan sinopsis, filem ini agak menarik dan kurang kedegikkan kaum hawa. Boleh dikatakan filem komedi juga. 

Persoalan nya, sampai bila rakyat Malaysia akan terus dihujani filem-filem sebegini?

Sekian. :)

No comments: