Malaysia telah melangkah ke final sukan sea dengan penuh bergaya. Dengan semangat harimau, skuad negara telah menidakkan Laos dari mencipta sejarah memasuki final buat kali pertama. Tiada yang pelik dengan kemenangan ini kerana di atas kertas, terbukti Malaysia berada jauh lebih tinggi standart nya berdasarkan rangking dunia. Dengan jaringan 3-1 Malaysia sudah mengesahkan untuk mengutip pingat sekurang kurangnya perak dari sukan sea yg berlangsung di Laos ketika ini.
Secara keseluruhan, Malaysia bermain dengan cemerlang sekali, pujian harus diberikan kepada barisan tengah skuad negara kerana berjaya mendominasi perlawanan. Ketiadaan Fakri Shaarani dan juga Amirul Hadi Zainal sedikit dirasai apabila barisan serangan skuad negara malam tadi boleh dikatakan agak tumpul. Gol gol yang diperolehi adalah sumbangan dari pemain pemain tengah.
Diharapkan pemain pemain muda negara dapat memberikan sebutir pingat emas kepada skuad negara secara keseluruhan pada sukan sea edisi Viatnam. Di pentas final nanti diharapkan Fakri Shaarani dapat digandingkan dengan Shahrul Idlan Talaha dibahagian striker. Diharapkan juga Zakuan Adha tidak diturunkan. Mamat ni OVER RATE je lebih, main tak lh bagus mana. Main penuh dengan emosi, dengan ref Malaysia boleh lagi, dengan ref Internasional, mesti dapat kad. Pemain negara beraksi di pentas final dengan semangat ingin membalas dendam kekalahan di atas Viatnam pada perlawanan peringkat kumpulan. Diharapkan juga pengadil yang bakal mengadili perlawanan ini akan beraksi dengan lebih adil. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.
Majulah sukan untuk negara!
Majulah sukan untuk negara!
MALAYSIA BOLEH!
2 comments:
MALAYSIA dh jumpa rentak permainan
NI BARULAH TEAM BOLASEPAK MALAYSIA :)
yeah hope bukan hangat hangat taik itik -.-
Post a Comment