Turbo



YES aku dah faham macam mane sistem turbo berfungsi. So sekarang boleh lah pasang angan-angan nak menTurbokan kereta mak aku =D tunggu duit je, ade duit kalu, jalaaannnn =D

Acctly, sistem ini tak sesukar yang disangka. Cukup simple!
Turbo adalah force induction bagi meningkatkan kuasa injin. Kuasa sesebuah injin dipengaruhi oleh oksigen yang memasuki kebuk pembakaran. Turbo terdiri dari turbin, wastegate, intercooler dan juga sistem enjin biasa. Jika ingin berangan memasang turbo, enjin mesti ditukar kepada twin cam injin ataupon dipanggil DOCH(Double Over Head Cam) untuk memberi lebih kuasa memecut. Ok sekarang aku akan terangkan komponen-komponen dalam sister turbo ini mengikut apa yg aku faham :

Turbin : Bertanggungjawab untuk membawa masuk angin panas(asap) ke intercooler. Turbin ini terletak di manifold ekzoz sesebuah kenderaan. Asap yg melalui nya akan megerakkan turbin dan seterusnya asap tersebut akan bergerak terus ke intercooler. Bersama-sama turbin, terdapat wastegate.

Wastegate : Bertanggungjawab untuk mengawal jumlah asap yang memasuki turbin (mengawal boost). Jika asap atau boost sudah mencapai tahap nya, wastegate akan terbuka dan seterusnya asap itu akan keluar melalui ekzoz kenderaan. Wastegate juga akan tertutup apabila 'trotel' dilepaskan, bermakna tiada asap akan melalui turbin dan intercooler. Pada saat ini anda akan mendengar bunyi 'kepissss' kerana tekanan asap tadi dilepaskan ke surrounding environment.

Intercooler : Bertanggungjawab untuk menyejukkan asap(angin). Angin yang sejuk memberi lebih oksigen daripada angin panas bukan? Selepas angin tadi disejukkan, angin tersebut akan memasuki injin untuk proses pembakaran. Pembakaran memerlukan angin dan minyak. Angin yang lebih oksigen akan membuatkan pembakaran lebih sempurna dan akan memberi lebih kuasa.

Blow Off Valve : Bertanggungjawab untuk membuang lebihan atau sisa-sisa angin sejuk yang tidak digunakan. Seterusnya mengawal angin atau boost yg memasuki injin. Apabila 'trotel' dilepaskan, injin tidak memerlukan angin yang banyak untuk melengkapkan pembakaran, disini lah BOV ini berfungsi.BOV ini kebiasaan terletak di intercooler.

Tidak sukar bukan sistem turbo ini? cukup simple kerana tidak terlibat secara langsung dengan komponen didalam injin. Tetapi, sayang seribu kali sayang kerana dasar automotif negara ini menyebut bahawa tiada lagi barang-barang terpakai import atau halfcut pada tahun 2011. Ini bermakna sukar untuk mendapatkan injin-injin DOCH yang kebiasaan nya diambil dari model kenderaan mitsubishi. Halfcut ini diimport dari negara yg mengamalkan dasar scrap. Kereta yang melebihi umur-umur tertentu akan discrap. Contohnya negara Jepun dan Singapura.



Ok sekian untuk kali ini.
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong betolkan.

Keret :)

2 comments:

Anonymous said...

halue.. nk tnye nie, ape elemen yg mnukarkn karbon dioksida kpd oksigen eah? intercooler ke? die nk bg oksigen masuk bnyk an kt dlm kebuk enjin 2? so, xkn die bg msuk karbon dioksida dri asap ekzos..?? canne eah? x fhm g aah..

Anonymous said...

yeah, intercooler. karbon dioksida(asap) akan melalui intercooler, intercooler akan menyejuk kan asap td, lebih sejuk = lebih oksigen.

karbon dioksida(asap) akan melalui wastegate, bile sampai bar yang dah ditetapkan (0.5bar contohnya) wastegate akan membuang sisa karbon dioksida(asap) yg berlebihan melalui ekzos.