JIKA sebelum ini kita diingatkan persoalan akhlak, kematian, kiamat dan pembalasan syurga dan neraka, mungkin ada baiknya jika direnungkan pula kedudukan kita sebagai umat akhir zaman. Perhatikan sekeliling kita, adakah sudah wujud tanda akhir zaman? Pernahkah kita ingat satu masa dulu masyarakat Islam di negara kita kecoh dengan kisah ayat al-Quran hilang dari lembarannya atau bumi diselubungi asap (jerebu).
Itu belum dikira cerita anak derhaka sepak kepala ibu atau ludah muka bapa, bercinta dan berkahwin sesama jantina, ajaran sesat dan orang yang mengaku sebagai nabi, rasul dan tuhan, muncul bagaikan cendawan selepas hujan, selain ahli agama dan ulama hanya mementingkan perut dan poket, bukan menegakkan syiar Islam.
Masihkah kita ingat lagi dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, itulah setengah daripada alamatnya. Jika orang yang bertelanjang kakinya tetapi bertelanjang juga tubuhnya, serta pengembala kambing tiba-tiba menjadi ketua kepada orang ramai, itu juga setengah daripada tandanya. Dan, apabila pengembala kambing itu sama bermegah-megah di dalam gedung besar, itu juga setengah daripada tandanya.” Adakah semua tanda ini sudah muncul?
Persoalan utamanya ialah, bila zaman akan berakhir? Pendakwah Indonesia, Muhammad Ihsan Arlansyah Tanjung (lebih dikenali sebagai Ihsan Tanjung) ada menghuraikan isu ini.
Katanya, menurut hadis sahih, masa akhir zaman ini terbahagi kepada lima iaitu pada zaman Rasulullah SAW masih hidup, zaman Khulafa ar-Rasyidin (empat sahabat Nabi Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali), zaman maalikan ‘adhan atau khalifah Islam selepas Ali bin Abi Talib hingga runtuhnya kerajaan Uthmaniah di Turki (1924), zaman maalikan jabariyan atau penguasa diktator (zaman sekarang) dan terakhir zaman kembalinya kegemilangan Islam mengikut sistem khalifah.
Berdasarkan lima zaman ini, Ihsan berpendapat zaman kita sekarang adalah zaman keempat atau maalikan jabariyan, sesuai dengan keadaan semasa yang mana penguasa diktator bermaharajalela dan menyaksikan kekalahan umat Islam di mana-mana pelusuk dunia.
Malah, ada pendapat bahawa kita semakin menghampiri penghujung zaman diktator berdasarkan kata-kata sahabat yang disebutkan dalam Atsar, menerangkan tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi yang akan menegakkan khalifah Islam bagi zaman kelima itu.
Menurut riwayat, apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi, banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuhan kerana masalah remeh-temeh dan berperang antara kumpulan atau negara kerana masalah kecil.
Bencana seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung dan banjir semakin banyak terjadi. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia berpenyakit.
“Melihat fenomena yang terjadi dalam masyarakat sekarang ini, nampaknya tanda kiamat atau akhir zaman sudah terjadi semuanya? Belum semua. Sudah kira-kira 95 peratus, jadi masih ada lima peratus yang belum terjadi,” kata Ihsan.

No comments:
Post a Comment