Adakah anda percaya dengan apa yang ditulis pada buku teks Sejarah tingkatan 4, tingkatan5? Bagi aku, aku tidak percayakan sejarah yang aku belajar selama ini! Bagi aku siapa siapa sahaja mampu mengubah sejarah, sesiapa sahaja mampu memalsukan fakta lebih lebih lagi sang penguasa yang mahu mengekalkan kedudukanya dan terus mahu disanjung, maka sejarah itu akan diubah. Yang banyak memihak kepadanya. Seolah olah mereka lh yang menuntut Merdeka seorang diri. Bagi orang yang mempercayai sejarah buku Teks, akan sama lh pemikiranya dan pemikiranya sentiasa boleh diduga malah fikrah dirinya boleh diagak!
Persoalanya, berapa ramai rakyat Malaysia mempercayai sejarah negaranya? Berapa ramai yang mengangguk tanpa mengkajinya? Kita di ajar sejarah tanpa mempersoalkan kebenaran sejarah itu. Guru sejarah terikat dengan akta ISA, jika bercakap berlebihan akan di ISA! Malah subjek sejarah diperingkat sekolah hanyalh untuk dihafal tanpa perlu dikaji! Belajar hanya untuk mendapat A dalam peperiksaan, apa ini semua? Sampai bila rakyat perlu diperbodohkan? Kita tidak diajar untuk mengkaji kebenaran sejarah itu. Andaikan kata ada pandangan yang itu bertentangan dengan sejarah malah mengugatkan kedudukan sesuatu pihak maka silap hari bulan ISA hukumannya. Tokoh-tokoh yang berfikiran fundamentalism dan ekstrim dilenyapkan dari sejarah. Tetapi mereka yang cenderung membodek nama itu yang dijulang dalam sejarah. Jika seseorang tokoh itu berhaluan kiri dan tidak memihak kepada UMNO, jangan harap tokoh itu akan dimasukkan dalam sejarah buku Teks. Samsiah Fakih, Rashid Maidin, Ahmad Bostamam dan lain lain dianggap seolah olah tidak wujud! Sebaliknya, mereka ini lh yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka sanggup mati demi negara. UMNO? Mereka hanya sebuah parti perkauman. Apakah slogan pertama UMNO? Menuntut kemerdekaan atau Hidup Melayu? Berapa ramai tokoh UMNO yang mengangkat senjata? Berapa ramai tokoh UMNO yang sanggop berkorban demi negara? tetapi, dalam sejarah buku Teks, menceritakan seolah olah hanya UMNO sahaja satu-satu nya pihak yang menuntut kemerdekaan! Rakyat di didik untuk taat tanpa menyoal banyak pekara. Hasilnya pemikiran rakyat-rakyatku adalah ditahap yang sama dan jawapannya sentiasa boleh diduga.
Aku tak sanggop melihat sejarah Hang Jebat yang mempertahankan saudaranya Hang Tuah demi menuntut menuntut keadilan dianggap penderhaka. Walaupun pembunuhan Hang Jebat sudah beratus tahun berlalu namun hingga kini Hang Tuah itulah dianggap hero dan mulia. Malah hingga kini Hang Jebat dianggap si perderhaka yang hina, dan si Tuah, manusia yang mulia. Jebat tidak Derhaka!

4 comments:
haha, sebab tokoh-tokoh yang berhaluan kiri selalu mengeluarkan kata-kata yang sangat kurang sopan dan kurang ajar
contohlah :
"orang umno kafir."
"orang umno babi"
haha.
aku tak sanggup nak mengaku tokoh pada sesiapa yang membuat kenyataan macam tu secara terbuka. TERBUKA ya?!
=)
dan dan!!
sejarah tingkatan 4 dan 5 tak setinggi sejarah tingkatan 6 dan level universiti or bla bla bla
ikut tahap la bai
takkanlah budak umo 16 tahun nak belajar komplikasi tanah melayu tahun 1938 kot
agak la kan.
karang pelajar-pelajar macam kita ni jugak yg nak mengadu itu ini. susah la bla bla bla. buku banyaklah, beg berat la. cikgu ajar bosanla, mengantuk la.
so jadilah menteri pelajaran.
ko boleh ubah apa-apa benda yang ko nak nanti. =P
p/s : and yes jebat tidak derhaka.
tokoh yang mana tu?
maksud aku, haluan kiri menuntut kemerdekaan, PKM.
Parti Komunis Malaya, kenapa nak takut dengan PKM? PKM lh yang menuntut kemerdekaan!
UMNO hanya menuntut kemerdekaan dengan hanya menggunakan pen dan kertas.
try bukak balik sejarah :)
Dari dulu lagi kita dididik bahawa PKM tu jahat, saban tahun masa hari merdeka kita ditunjukkan dengan kejahatan PKM,
Tapi aku nak tanya, ape kejahatan PKM? kita menuntut merdeka dari PKM ke? PKM menjajah negara kita ke?
Masa jepun menduduki tanah malaya, orang UMNO atau PKM yang mengangkat senjata melawan kerakusan jepun?
and, aku tak suruh pon belajar sampai 1938, fakta tetap fakta!
mana pergi tokoh macam rashid maidin, samsiah fakih semua?
mereka ni bukan dari era 1938 tetapi mereka ni orang PKM yang mengangkat senjata melawan durjana yang menjajah negara kita pada waktu itu!
Kenapa dalam buku teks tak tulis pasal mereka? kenapa dalam buku teks hanya menceritakan tentang orang2 UMNO sahaja?
And, kalau perasan(kalau tak perasan sila bukak buku sejarah balik) Abdul Rahman punya cerite lagi banyak daripada Onn Jafar?
macam mana benda ni boleh terjadi? walhal Onn Jafar lh yang membuka UMNO, Onn Jafar yang membuka pintu perpaduan dengan cara membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu.
Tapi mengapa Onn Jaafar di tendang? Dia pengasas UMNO tetapi dia ditendang dari UMNO! Tidak cukup rasict lagi kah parti UMNO tu?
And, tak semua mampu pergi belajar sampai form6, universiti, tidak semua mampu,
kalau anda rasa anda mampu, tolong fikirkan tentang pelajar di luar bandar, orang asli contohnya, adakah mereka mampu belajar sampai form6?
Then, kalau dah mereka tak mampu belajar sampai form6, macam mane mereka nak belajar sejarah dengan lebih mendalam?
tidak kah mereka belajar hanya form5? dan terus buta dan dibutakan dengan sejarah? apa yang mereka tahu, komunis jahat.
Aku tidak mahu generasiku terus di tipu, sapa lagi nak menegakkan keadilan kalau bukan kita?
*aku tak sanggup melihat generasiku terus ditipu, berilah mereka kebebasan untuk mengenali pejuang2 tanah melayu yang sebenar.
(sila baca dengan hati yang tenang agar tidak disalah erti kan maksudku itu)
heloo bro...ak nak bagitau satu benda...mule2 dinegara kita semasa era pra merdeka...yang mula2 mengunakkan slogan atau bangkitkan perkataan MERDEKA adalah PKMM....UMNO pada masa itu slogan dier HIDUP MELAYU...UMNO TIME 2 BALACI BRITISH.....ingat pada masa itu, HALUAN KANAN=PRO BRITISH
HALUAN KIRI=ANTI BRITISH!!!
nak buat macam mana, bila ditegakkan keadilan, dikatakan membrontak, tak bersyukur hidup dalam negara yang aman.
pfffttt..... :D
Post a Comment