Islam Agamaku


Aku bukan hiporkrik, aku hanya mencari kebenaran. Pernah kah seumur anda hidup ini anda terfikir dan berfikir, untuk apa anda hidup? untuk makan? untuk berpolitik? untuk mencari harta? untuk menjadi sampah masyarakat? atau untuk menjadi sehebat yang boleh dan bermegah tanpa bersyukur?

Malaysia negaraku. Malaysia tanah tumpah darah ku. Malaysia? Apa yang ada? Negara Islam? Jangan bermimpi disiang hari. Jangan membuat konklusi tanpa mengkaji. Ok, mari mengkaji. Paling asas, mana hukum Hudud? haaa tengok, KANTOI! Malaysia bukan betol-betol negara Islam. Islam Hadari adalah pada zaman Pak Lah, ajaran sesat mana aku pon tak tau! Malaysia negara demokrasi? Apa itu DEMOKRASI? Adakah anda betol-betol faham apa itu demokrasi? Adakah dengan hanya rakyat mengundi 5 tahun sekali, sudah boleh dikatakan negara demokrasi? Aku bertanya kepada kawan aku, apa itu demokrasi? Apa yang kamu faham tentang demokrasi di Malaysia. Kawan aku menjawab, demokrasi adalah kebebasan bersuara, rakyat bebas bersuara. Kalau kita tak suka, kita buat demo, lepastu benda itu akan diubah, persoalan, sampai bila nk berdemo? Demo-demo kena ISA, anak bini sapa nak bagi makan? Sampai bila mengangguk sahaja? Rakyat tidak berpeluang menyuarakan pendapat! Kita demo kita boleh ubah, ahhh sudahlaah, sistem khalifah bagaimana? Dengar pendapat rakyat, buat demi kepentingan rakyat, manada pandai-pandai buat lepastu suruh rakyat berdemo, ini semua mengarut, Sampai bila rakyat hendak diperbodohkan, mangsanya cukup mudah dikenal, mereka-mereka yang marah, kononnya berjuang demi negara bangsa dan agama, tetapi perkara asas sudah kantoi! Kenapa tidak menegakkan Islam? Kenapa mahu menurut lagi sistem demokrasi yang terang-terang sudah berkurap? Sudahlh, Jangan jadi balaci, nanti terseksa diri .Jangan jadi lembu, nanti kena sembelih.

Jangan terus menerus jadi Bodoh. Jangan jadi pak turut. Jangan jadi Pak Pandir. Tak tahu kita belajar. Jangan jadi lembu yang dicucuk hidungnya. Bila nak ada kesedaran? Sukar dapat hidayah kalau terus menerus mengangguk tanpa mengkaji. Mengangguk melayan Metallica tidak apa. Sampai bila nak jadi bodoh? Gunakan akal! Membangkang tidak semestinya tidak suka. Menurut sahaja tidak semestinya cerdik. Pemimpin bukannya bersifat maksum. Jangan jadi bodoh. Jangan menjilat bontot. Buka lh minda buka lh hati. Sampai bila mahu terus menerus hidup dalam kealpaan? Sampai bila? Jangan taksub. Tolong jangan taksub. Islam makin layu. Sedarkah?

Hizbut Tahrir.
Pernah dengar? Aku baru berjinak-jinak mahu mengenal dunia Islam. Website ini bagus untuk mencari ilmu. Buka lh mykhilafah.com @ www.khilafah.com untuk English. Apa itu Hizbut Tahrir?
Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yang berideologi Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir bergerak di tengah-tengah umat dan bersama-sama mereka berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya serta membimbing mereka untuk mendirikan kembali sistem kekhilafahan dan menegakkan hukum yang diturunkan Allah dalam realiti kehidupan.
baca selanjutnya...

Ini lagi artikel menarik
Sejak kehancuran Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), seluruh sistem pemerintahan Islam pun turut musnah. Sistem Khilafah yang selama ini telah menguasai dan memerintah hampir dua per tiga dunia kini telah lenyap. Sistem Khilafah yang telah menaungi manusia selama lebih 13 abad dan yang telah membawa rahmat ke seluruh alam, kini telah berkubur dengan runtuhnya Daulah Khilafah lebih 80 tahun yang lalu, sebuah institusi politik agung umat Islam. Justeru, generasi yang hidup selepas itu, hinggalah ke hari ini, sudah tidak lagi dapat merasai hidup di dalam Daulah Islam. Mereka sudah tidak dapat merasakan hidup di dalam sebuah Negara Islam yang benar-benar menerapkan sistem pemerintahan Islam.
baca selanjutnya...

Menjadi tanggungjawab kita untuk belajar dan memberikan peringatan kepada yg lain.
Bersesuai dengan firman Allah SWT:

"(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, iaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung." (TMQ Surah Ali-Imran [3]: 104)

------------------------------

Aku bukan mahu tunjuk pandai, apatah lagi mencari glamer.Aku cuma mahu umat Islam semua sedar dan bersatu, cukup lh maksiat yang ada, cukuplah, jika ditakdirkan esok anda akan mati, bersediakah anda? Sudah bersedia jika ditanya tentang pengorbanan anda kepada agama anda? Ayuh umat Islam, kita bangkit!

jangan hentam aku, aku baru nak mengenal dunia.

No comments: