Kemalangan bas Sani Express

Bila cerita menjadi sensasi, semua mahu menjadi hero!

*gambar diambil dari malaysianbikers.com.my

Bila kecelakaan membabitkan bas 2 tingkat, semua orang melatah, macam tak pernah tengok kemalangan! Semua nak nak tunjuk hero, semua datang dengan pandangan masing-masing, AND, yang pastinya, semua bagi pandangan dan saranan negatif, idea macam orang tak pergi sekolah! Semua cakap main sedap mulut, semua nak glemer, semua tuding jari dekat orang lain, sendiri salah tak nak ngaku?

Seperti kebiasaan, bila kemalangan membabitkan bas, harus lh syarikat bas tu kene hentam dulu, tapi dalam kes Sani Express ni, bas tu baru lagi, tahap keselamatan bagus, tayar tak botak lagi, brek berfungsi lagi, So, lepas tak dapat hentam syarikat, hentam driver pulak, (kalau boleh dorang memang nak kuburkan terus syarikat Sani Express tu), tak boleh tengok orang lain maju sikit, woi sudah sudah lh tu. Driver ada saman 8 keping, So, mangkuk mangkuk ni semua salahkan syarikat sebab bagi pemandu ade 8 saman ni drive bas tu. TETAPI mereka lupa, mengapa driver ada 8 saman boleh pegang lesen lagi? Mereka lupa, pihak POLIS dan JPJ tak gantung lesen driver ni, Mereka lupa, POLIS dan JPJ tak buat kerja, YA mereka semua lupa, bila dalam hati ada perasaan cemburu, cemburu tengok kejayaan orang lain!

Idea paling bangang setakat saat aku menulis ni adalah datangnya daripada orang orang atau manusia manusia yang menyarankan seluruh perjalanan syarikat bas ini di sekat. Bila aku dengar idea ni, terus aku meluat, kenapa tak fikir dulu sebelum bercakap? atau memang sengaja menunjukkan kebodohan diri? Tidakkah mereka mereka ini berfikir kesannya? Tolong lh fikir panjang sikit, tolonglah, awak tu berjawatan besar! Idea ni ibarat kerana nila setitik rosak susu satu tempayan! Contoh, anak si Kumat(bukan nama sebenar) disabitkan dengan kesalahan mencuri dan akan dipenjarakan, So, kalau nak diikutkan dengan idea sibodoh diatas, bermakna seluruh anggota keluarga si Kumat perlu dipenjarakan? Begitu? Ada juga mengatakan bas ini terlalu tinggi, aku tak tau dari gua mana mereka duduk, kerana bas dua tingkat hanya tinggi dalam 2-3 inci daripada bas setingkat, adakah ini sudah dianggap teerrrrlalu tinggi? Jikalau benar bas dua tingkat tidak stabil, aku rasa, sudah berpuluh bas tergolek di laluan Highway Karak! Bas setingkat stabil dan sukar tergolek? Totally wrong dude, try Google tengok!

Next, ada orang cakap, bus ni dipandu laju. Are you sure bas ni speeding over 110km/h? haha. Sekali lagi mereka terlupa akan kebenaran! Mereka lupa dulu kerajaan pernah mewajibkan speed limit divice. So kalau betol lh alat ni diwajibkan dipasang and penguatkuasaan dipantau, mane mungkin bas tu akan overspeeding! Mereka juga terlupa, dulu berjuta ringgit(wang rakyat) dibelanjakan untuk program kotak hitam. Dulu, aku ingat lagi(belum terlupa), bila masuk bas je, nampak stiker 'kenderaan ini dipasang dengan kotak hitam'. Tapi sekarang? Tidak berjayakah program itu untuk mengurangkan kemalangan? Atau mereka terus terlupa?

Kesimpulannya, jangan lh menuding jari tanpa berfikir terlebih dahulu. Aku yakin, kemalangan membabitkan bas Sani Express ni adalah kerana kelalaian pemandu, bukan sebab faktor muka bumi, bukan sebab faktor syarikat bas, bukan juga faktor kelajuaan. Kedudukan penumpang juga mempengaruhi kadar kematian, penumpang di bahagian bawah duduk seperti duduk dalam kereta. Seat terlalu rendah, yang meninggal kebanyakan kerana terkena penghadang jalan raya.

Takziah kepada keluarga mangsa, semoga mangsa ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Al-Fatihah.

3 comments:

Black Bohémien said...

SALAH JPJ SUME,10 NYAWA MELAYANG..FUCK OFF...TAPI DH TAKDIR TUHAN..NAK WAT CAMNEE?.....WE JUST CAN PLAN BUT GOD DECIDE!

Anonymous said...

tah, but ko nmpk sendiri lh kan , jerung jerung ni semua tak nak ngaku kelemahan, alih alih nak haramkan pulak bas 2 tingkat, adoii

+++uchi+++ said...

benda dah nk jadi x leh salahkan takdir!! maybe ada hikmah di sebalik semua ni!! kt yang hidupnya beringat jelah