Satria Neo R3 Lotus racing edition

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd will initially produce 25 units of its newly-launched Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition.

Inspired by the spirit of Lotus Racing, the car is powered by Proton's race-proven 1.6-litre CamPro CPS engine, and re-tuned by R3 for more power and torque utilising its Engine Management System, performance camshafts, carbon fibre air-intake and titanium exhaust headers.

The Satria Neo R3 Lotus Racing Edition is currently available at RM115,000.

R3, which stands for "Race, Rally and Research, is Proton's motorsport division specialising in the research, development and production of race cars and performance parts.
-- BERNAMA

__________________________________________________________________


Satria Neo limited edition. RM 115k. Ok tak ok?
Dari segi enjin, macam tak cukup power. Model limited ni, ingat letak enjin proton yang turbo tu, tapi maybe belom siap sepenuhnya. Jantung dia pakai CPS yang dah di tuned oleh R3.

Suspension pakai OHLIN, bukan brand murahan, tak main lah kayaba, OHLIN beb, F1 pon pakai OHLIN. Caliper brake pakai brand AP racing. kenal? AP racing ni brand caliper for kereta Porsche. Tak main lah halfcut, barang baru, dara lagi, berbaloi baloi. Hood pakai Carbon Fiber punya. Ringan dan kuat, kalau setakat Alex raja lawak pijak-pijak, tak kemek pon hood tu.

Rasa-rasa nya Satria GTi, Satria R3, Satria R3 Lotus, mana lagi laju? Kalau ikot atas kertas, Gti laju, enjin mitsubishi, 4g93, 1.8cc, masuk head Mivec, jadi Mivec 1.8, mantop. Tapi R3 Lotus jangan pandang sebelah mata, body part banyak main Carbon Fiber, kelebihan dekat jumlah berat kereta. Satria Neo ni chasis memang dibina untuk kegunaan trek. Oleh itu, bila pakai seat standart, ruang legar atas kepala jadi sikit. Sebab chasis racing ni sesuai pakai bucket seat. Jenis seat terus rapat ke floor kereta.

RM115k for Limited Edition car? Not bad ;)

No Sweat!

Macam biasa, kisah ini bermula dengan seorang jejaka atau dengan nama saintifiknya lelaki. Al-kisah maka tersebut lah kisah dimana lelaki ini ingin mencuba hobi baru. Skating lah baru lelaki! Teriak member aku tiap-tiap malam. 'Hobi harus luar biase, mempunyai keberanian yang luar biase, kelajuan yang luar biase, tumpuan yang luar biasa.' Kalau dah semua luar biasa, peluh pon sudah semestinya luar biasa. Kepenatan yang luar biasa mungkin juga berkait rapat.

Sebagai seorang lelaki,melepak sorang-sorang ketika waktu malam adalah perkara yang membosankan. Aku lepak je memerhatikan kawan-kawan aku main skate. Jangan diduga kemahiran mereka, aku rasa kalau Tony Hawk tengok, dia pon akan menggigil. Salah seorang kawan aku tu sudah jadi pujaan gadis-gadis indie.

Dalam bosan yang membelenggu diri, tiba-tiba Shami menyapa aku. Die ini kawan aku paling kaya. Jenis yang suke pakai seluar pinggang getah. Lepas tu pakai selipar jamban. Langsung tak menunjukkan identiti budak metal. Die datang kat aku dan terus lepak sekali. Aku tak kisah sangat sebab die bawak lattop sekali. Dapat gak layan lagu-lagu Sammael Abraham. Tapi malam ni dia ni pelik sikit, badan dia ada bau wangi iras-iras bau one drop perfume. Aku tak kisah. Maklumlah,bapak pakai Nissan Murano.Mak die pulak dengar-dengar orang kuat politik. Baru urban layan politik kata mak beliau.

Masa tengah lepak tu, aku tanya lah dekat dia, brand perfume apa dia pakai? Yelah, aku muskil, itu yang aku tanya. Bapak dah pakai Murano tak kan anak pakai one drop perfume, tak urban lah. Nak tanya bapak dia, segan aku. Tapi aku pasti anak beranak mesti pakai brand yang sama. Kalau tidak, masakan pepatah 'Bapa Borek Anak Rintik' wujud. Jawapan yang diberikan sungguh mengecewakan aku, ini kalau Adnan dengar ni, mau dia nangis. Muka je ganas tapi dalam hati ada taman. Setelah tak berape minit, Shami ni tunjuk dekat aku gambar ini :
Ate, kalau udah setakat nunjuk gambo, mane ler teman nak paham. Mamat ini terangkan dekat aku pasal deodorant Adidas ni. Bagus katanya. 2 in 1. Peluh tak keluar, wangi pon dapat. Paling penting, awek mestiii mariiii! Deadorant ini 0% alcohol. Sesuai untuk orang muslim, boleh bawak sembahyang. Terkedu aku bila mamat sebelah aku ni cakap pasal sembahyang. Dengan gaya ala-ala budak MLM nak tarik downline, mamat ni cerita lagi pasal deodorant ni. Refer to the Adidas website, deodarant ni boleh tahan sampai 24hours, mean sehari hanya sekali semburan. Tapi lepas mandi lah baru wangi, kalau tak mandi, pakai one drop perfume pon bau badan tetap naik. Deodorant ni jugak bagus sebab ada technology baru yang extra wetness absorption, cooling fragrance and ada special anti-whitening materials. Lepas habis member aku ni bercakap, keluar lah ayat typikal budak-budak MLM, 'ko nak beli tak?' Kebetulan, member aku yang tengah main skate tu datang dekat aku, aku suruh mamat tu pakai. Dah si Shami ni bawak ke tempat public, ape lagi, kena kekah lah deodorant Adidas dia tu.

Member-member aku semua dah jatuh cinta pandang pertama dekat Adidas Action 3 ni. Semua pakat beli. Main skate ke, head bangging ke, keluar dengan awek, semua menunjuk kan tanda positif. NO SWEAT! Sapa-sapa kuat peluh dan mengamalkan gaya hidup aktif boleh cuba Adidas Action 3 ini. Mat-mat gig, para skater se-Malaysia, aku memang cadangkan pakai deodorant ni. Belom cuba belom tahu, sudah cuba mahu lagi! Belilah barang original. Dimana ada peluh di situ ada Adidas Action 3 ! Ape tunggu lagi yob, moh le kita pakai Adidas Action 3 ni!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

KFC FREE (SHARING IS CARING)

deeer, ni gua nak bukak cerite. Cerita ini bermula dengan seorang cikaroo atau nama saintifiknya wanita. Nak cakap dia member gua, tak jugak, nak cakap bukan member, pon tak juga, senang cerita, kenalan gua lh. Baru-baru ni dia baru balik dari UK. (tipu) Dia ada bawak satu perkhabaran gembira, dia cakap kfc ada buat offer, terkejut beruk gua! Ini sudah bagus! Gua cabar dia, BUKTIKAAAN! I dont want banana fruit two times!

Oleh sebab dia wanita sejati, dia menyahut cabaran. (gua dah malas nak merepek) .....

Straight to the point :
Ok 1st step untuk mendapatkan diskaun KFC adalah dengan membuka layan web http://www.goeatout.com.my/ . Lepas tu pergi singup, Jangan malas, signup baru seminit, gua rasa seminit itu berbaloi dengan apa yang anda akan dapat. Then lepas akaun sudah aktif, klik Voucher, lepastu download voucher KFC tu. Acctly bukan 30% diskaun ayam, tapi 30% Off for Cheezy Chickaroni (ala carte). Jangan pergi serang kaunter pulak cakap ditipu. Lepas download print voucher tersebut, tapi pastikan print bercolour.

Tanpa menghampakan peminat KFC se-Malaysia, ni gua ada google Chickaroni tu,
harga dia RM5.90. Kira lah harga sebenar lepas 30% off. Gua malas nak kira, dulu SPM math gua dapat E.

p/s : dengar cerita mcD tempat gua nak bankrap dah, adakah Black berjaya dengan misi anti-mcD nya? hmm. sama-sama kita nantikan.

isabella - joe flizzow



dia Isabella (cintaku)
lambang cinta yang lahara (ratuku)
terpisah kerana (namun)
adat yang berbeza

ku telah jatuh cinta
dan dia pun juga
bulan jatuh ke riba,
suka sama suka
walau apa halangan atau pancaroba
ku tetap kan coba
demi Isabella…

cintaku gugur bersama daun-daun kekeringan
moga dibukakan pintu hatimu untukku
akan terbentang jalan
andainya kau setia
oh Isabella

Head-Bangging

Pejam celik pejam celik dah bulan 3, aku tetap macam ni, haram tak kerja pon, rasa macam masa tu sekejap, tapi hakikatnya masa aku sama dengan orang lain. Orang lain boleh kerja tapi kenapa aku tak? Dalam pale otak aku, aku nak beli kasut and pergi gig, thats all. Nanti-nanti lah aku fikir pasal masa depan, sebab aku dah penat. Penat bersembang dengan budak budak yang cepat give up. Ingat lah kata kata aku ni, HIDUP KENA ADA WAWASAN, kalau tak masuk U pon, boleh bukak kedai, jadi tokey bundle, tak pon jual burger, sapa kata jual burger tak boleh kaya? Setakat ni hanya budak budak taksub MLM je cakap jual burger tak boleh kaya, hakikatnya ada penjual burger boleh kaya, yang penting WAWASAN. Tengok macam mat dagu, hidup berwawasan, penuhi impian, merantau sampai luar negara, masuk itu masuk ini, berjaya jugak. Sapa mat dagu? Search Facebook, aku memang respek mamat ni.

Lagu satu, kita ni laki laki, kena kuat. Jangan 24hours fikir sangat pasal perempuan. Lepak dengan member pegang handset meseg awek, member cakap buat bodoh, seronok sangat dengan awek, bajet awek lebih memahami, ceittt kenal pon tak berapa tahun dah bajet kenal isi hati, FUCK! Hari hari layan awek, nak jaga hati konon, sehidup semati konon, #$%^&*( , ada apa dengan awek? Nak buat kawin? FUCK! kecik kecik dah fikir kawin, sayang konon lah habis, bila jumpa betina cantik sikit mula menggedik, lupa member, sanggup tipu member, tapi bila awek merajuk, buat muka tension, bajet tengah bersedih, bajet nak bunuh diri sebab awek lari, #$%^& lah hoi, awek tu tak kemana, bila tak ada duit, cari member jugak, tau pulak cari member? bila tayar motor pecah tau pulak cari member? Ingat dah lupa member, maklumlah muka jambu, berkiblat perempuan, tak ada awek tak boleh hidup konon, ingat kan sehidup semati, rupa nya bila ada masalah, cari jugak member, member yang ditinggalkan sebab awek ajak keluar, bila awek lari, member jugak nak pujuk, mana awek kau dulu? awek yang sayang gila gila tu? awek yang konon nak buat bini? tau pulak cari member? So, kesimpulannya, tak payah lebih lebihkan awek, awek tu setakat tu jelh, bila putus jadi musuh, member ni kalau hari ni gadoh, esok jumpa lagi, baik baik, bila ada masalah cari member jugak. Jangan lah berkiblatkan perempuan, mainan dunia je semua ni.True or Dare?

Formula One 2010

Formula One(F1) 2010 team list :

McLaren-Mercedes
1. Jenson Button
2. Lewis Hamilton

Mercedes Grand Prix (BrawnGP team)
3. Nico Rosberg
4. Michael Schumacher

Red Bull Racing-Renault
5. Sebastian Vettel
6. Mark Webber

Scuderia Ferrari
7. Felipe Massa
8. Fernando Alonso

Williams-Cosworth
9. Rubens Barrichello
10. Nico Hülkenberg

Renault F1 Team
11. Robert Kubica
12. Vitaly Petrov

Force India F1 Team-Mercedes
14. Adrian Sutil
15. Vitantonio Liuzzi

Scuderia Toro Rosso-Ferrari
16. Sebastien Buemi
17. Jaime Alguersuari

Lotus-Cosworth
18. Jarno Trulli
19. Heikki Kovalainen

Campos-Cosworth
20. TBC
21. Bruno Senna

US F1-Cosworth
22. Jose Maria Lopez
23. TBC

Virgin Racing-Cosworth
24. Timo Glock
25. Lucas di Grassi

BMW Sauber
Kamui Kobayashi
Pedro de la Rosa

HUHU. Yang paling menarik, tahun ni Malaysia claim Malaysia ada dalam f1. Ingat lagi tak dulu Najib cakap berapi-api sambil ditepuk gemuruh rakyat Malaysia (geng angguk-angguk). HAHA. Ok kalau kamu lupa, ni aku nak tunjuk gambar yang disembang tu :
So, dah ingat balik? Dah refresh your memory? HAHA. Dulu, macam-macam dicakapkan, Malaysia ada f1 team lh, anak Malaysia driver f1 lh, tapi in fact, Fairuz Fauzy tu hanya test driver sahaja. Hebat lagi Alex Yong, jadi race driver walaupun hampir setiap perlumbaan disekat dari menyertai perlumbaan utama kerana tak lepas catatan masa! HAHAHA, dulu projek Minardi F1, (projek Tun Det) ni berkubur, so, adakah team Lotus F1 (sebut 1Malaysia F1 team) ni juga akan berkubur? Dan yang paling penting, adakah wang rakyat akan lebur begitu sahaja?

F1 2010, banyak cerita di sebalik takbir. Pasukan dari Jepun iatu Toyota dan juga Honda mengumumkan penarikan diri dari F1, tak cukup duit katanya. Bayangkan, pembuat kereta nombor satu dunia(Toyota) pon tarik diri, tapi Proton join pula F1 team under Lotus F1 team(sebut 1Malaysia F1 team). HAHA. Tak cukup dengan itu, Micheal Shumaker(MS) umumkan kemasukan semula ke sukan Formula One under Team Mercedes(BrawnGP). Saingan menarik ni, mampu ke MS tu fight dengan pelumba muda macam Button, Halimton, Sebestian Vettel? Kimi Rikonen dan Nelson Piquet Jr. mengumumkan bersara dari F1 dan join sukan lain, khabarnya Kimi nak join Rally, Nelson join truck race.

Ok, jom cerita pasal Mercedes F1 team dengan Lotus F1 team(sebut 1Malaysia F1 team). Pada bulan Januari, Mercedes melancarkan kereta dan memperkenalkan driver dan juga team crew. Lotus pula berbuat demikian pada 12Febuari yang lepas.

Mercedes Grand Prix

Lotus F1
*credit to Paultan.org

Berdasarkan pemerhatian, kereta mana satu yang melambangkan Malaysia? rasanya kalau proton,tune group,naza group tak join Lotus pon nama Malaysia dibawa oleh Mercedes ;) Takut nanti bila Lotus dah berjaya, geng2 Malaysia ni kena tendang. Dulu orang cakap, kalau proton join Lotus, proton boleh ambil teknologi, tapi apa teknologi yang proton dapat selain handling tune by Lotus? Dulu proton join Mitsubishi, apah teknologi tak dapat. Copy paste Evo jadi Wira, Eterna jadi Perdana dan khabarnya pengganti Waja nanti dari model Mitsubhisi yang macam Evo X tu(lupa plak nama model). HUHU. Terima lh hakikat, Proton tu baru lagi dan belom cukup matang tapi dah pandai-pandai join F1. Tiap tahun menanggung kerugian tapi berani join F1. Sebab apa? Sebab kerajaan backup dia, kalau rugi, kerajaan suntik duit. Duit sapa? Duit rakyat yang bayar cukai. Rakyat apa dapat? Rakyat dapat bersorak konon-konon nya Malaysia join F1. Hakikatnya, Gah pada nama sahaja ;)

F1 2009, aku sempat ke Sepang! Tengok F1 live babe! Walaupun hanya ujian kelayakan masa :p
Bangga babe dapat masuk Sepang! Siap duduk GrandStand lagi ;) Tahun ini insyaAllah aku pergi lagi sekali kalau ada yang sudi teman.

Btw, 1st race dekat Bahrin, 12-14March, Malaysia 2-4April, Singapore 24-26September.

Keputusan Menteri Besar Perak


The Federal Court, the highest in the country, has delivered a unanimous decision in declaring that Zambry Abd Kadir of BN is the rightful Perak menteri besar (MB).
_____________________________________________________________

Rakyat pilih Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Perak. Macam mana boleh Barisan Nasional yang memerintah? Lain kali, tak perlu undi, mahu tentukan parti yang memerintah, hanya dengan membawa perkara ini ke makamah. Kalau kalah for the 1st time, bawa ke Makamah Rayuan pula, kalau tidak puas hati lagi, bawa ke Makamah Persekutuan, kemudian bawa ke Makamah Antarabangsa pula, kalau still tak puas hati, minta Queen England campur tangan. Kalau masih belum berpuas hati, bunuh sahaja orang itu!

Sesungguhnya, isu politik di Perak telah membuka mata semua pihak. Kekalutan undang-undang dan pengaruh Sultan dalam menyelesaikan perkara ini. Sultan dilihat seperti membuat keputusan diluar kotak. Bagi sesetengah rakyat, Baginda dilihat sebagai merampas hak rakyat Perak. Hal ini kerana rakyat Perak telah memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah dan bukan nya Barisan Nasional. Jika tidak mampu membuat keputusan, serah semula kepada rakyat untuk membuat keputusan. Jikalau Sultan itu sendiri tidak reti menjaga hak rakyat, jangan melalak jika suatu hari nanti, kuasa raja itu sendiri akan hilang. Isu ini juga telah menunjukkan bahawa undang-undang yang dicipta oleh manusia mudah dimanipulasi oleh sesetengah pihak dan sukar dibuat konklusi. Lain hakim lain pandangan, habis tu apa guna undang-undang? Setiap kali dibicarakan, setiap kali itu juga keputusan nya bertentangan antara satu sama lain. Ini lah yang dikatakan undang-undang ciptaan manusia, boleh diubah dan dipinda jika sesebuah kerajaan mempunyai bilangan majoriti dalam parlimen.

Ini lah erti demokrasi. Demokrasi yang dilaungkan selama ini. Demokrasi yang dibangga-bangga kan oleh kamu dan rakan-rakan kamu. Demokrasi yang kononnya Rakyat Bersuara. Rujuk entry sebelum ini Islam Agamaku. Ini lah demokrasi yang kamu dan kawan-kawan kamu nmahu sangat. Bila kena tindas baru kamu nak bersuara, baru tergerak mahu berdemo, mengutuk bagai. Ini lah demokrasi yang sering kamu laungkan! Ini lah demokrasi yang diajar kepada kamu di sekolah. Yang sedihnya, ada sebuah parti yang kononnya parti Islam, hangat dengan isu Hududnya, tetapi tidak bersungguh sungguh menegakkan Islam. Waktu ini paling sesuai untuk menerangkan kelebihan Sistem Khalifah berbanding Sistem Demokrasi. Malangnya, mereka lebih rela menegakkan Demokrasi daripada menegakkan Syariat Islam. Yang lebih sedih tuan-tuan dan puan-puan, mereka ini juga rela baring atas jalan dan bersolat hajat di atas jalan hanya kerana untuk mencapai matlamat/kepentingan politik semata-mata. Apa salahnya kalau kamu berjuang demi menegakkan Islam. Sertai lah kumpulan Hizbut Tahrir untuk menegakkan Islam. Tolak Sekular, Tegak Islam! Tak takutkah kamu dengan azab neraka, apa jawapan kamu apabila ditanya tentang sumbangan kamu terhadap agama kamu?

Janganlah kamu terlalu taksub dengan perjuangan parti politik kamu. Berjuanglah untuk agama kamu. Agama kamu itu akan kekal sehingga akhir hayat kamu, tidak seperti parti politik, yang boleh lenyap atau terkubur begitu sahaja. Ingat lh kamu selepas kamu meninggalkan dunia, kamu perlu menempuh satu lagi alam kehidupan yang baru. Ingatlh kamu, keimanan tidak boleh diwarisi. Selepas kamu mati, hanya amalan kamu, doa anak-anak kamu yang soleh dan pahala bersedekah kamu yang dibawa. Tiada lagi pemimpin kamu yang kamu banggakan diatas muka bumi ini. Ingatlah!