Islam Agamaku


Aku bukan hiporkrik, aku hanya mencari kebenaran. Pernah kah seumur anda hidup ini anda terfikir dan berfikir, untuk apa anda hidup? untuk makan? untuk berpolitik? untuk mencari harta? untuk menjadi sampah masyarakat? atau untuk menjadi sehebat yang boleh dan bermegah tanpa bersyukur?

Malaysia negaraku. Malaysia tanah tumpah darah ku. Malaysia? Apa yang ada? Negara Islam? Jangan bermimpi disiang hari. Jangan membuat konklusi tanpa mengkaji. Ok, mari mengkaji. Paling asas, mana hukum Hudud? haaa tengok, KANTOI! Malaysia bukan betol-betol negara Islam. Islam Hadari adalah pada zaman Pak Lah, ajaran sesat mana aku pon tak tau! Malaysia negara demokrasi? Apa itu DEMOKRASI? Adakah anda betol-betol faham apa itu demokrasi? Adakah dengan hanya rakyat mengundi 5 tahun sekali, sudah boleh dikatakan negara demokrasi? Aku bertanya kepada kawan aku, apa itu demokrasi? Apa yang kamu faham tentang demokrasi di Malaysia. Kawan aku menjawab, demokrasi adalah kebebasan bersuara, rakyat bebas bersuara. Kalau kita tak suka, kita buat demo, lepastu benda itu akan diubah, persoalan, sampai bila nk berdemo? Demo-demo kena ISA, anak bini sapa nak bagi makan? Sampai bila mengangguk sahaja? Rakyat tidak berpeluang menyuarakan pendapat! Kita demo kita boleh ubah, ahhh sudahlaah, sistem khalifah bagaimana? Dengar pendapat rakyat, buat demi kepentingan rakyat, manada pandai-pandai buat lepastu suruh rakyat berdemo, ini semua mengarut, Sampai bila rakyat hendak diperbodohkan, mangsanya cukup mudah dikenal, mereka-mereka yang marah, kononnya berjuang demi negara bangsa dan agama, tetapi perkara asas sudah kantoi! Kenapa tidak menegakkan Islam? Kenapa mahu menurut lagi sistem demokrasi yang terang-terang sudah berkurap? Sudahlh, Jangan jadi balaci, nanti terseksa diri .Jangan jadi lembu, nanti kena sembelih.

Jangan terus menerus jadi Bodoh. Jangan jadi pak turut. Jangan jadi Pak Pandir. Tak tahu kita belajar. Jangan jadi lembu yang dicucuk hidungnya. Bila nak ada kesedaran? Sukar dapat hidayah kalau terus menerus mengangguk tanpa mengkaji. Mengangguk melayan Metallica tidak apa. Sampai bila nak jadi bodoh? Gunakan akal! Membangkang tidak semestinya tidak suka. Menurut sahaja tidak semestinya cerdik. Pemimpin bukannya bersifat maksum. Jangan jadi bodoh. Jangan menjilat bontot. Buka lh minda buka lh hati. Sampai bila mahu terus menerus hidup dalam kealpaan? Sampai bila? Jangan taksub. Tolong jangan taksub. Islam makin layu. Sedarkah?

Hizbut Tahrir.
Pernah dengar? Aku baru berjinak-jinak mahu mengenal dunia Islam. Website ini bagus untuk mencari ilmu. Buka lh mykhilafah.com @ www.khilafah.com untuk English. Apa itu Hizbut Tahrir?
Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yang berideologi Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir bergerak di tengah-tengah umat dan bersama-sama mereka berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya serta membimbing mereka untuk mendirikan kembali sistem kekhilafahan dan menegakkan hukum yang diturunkan Allah dalam realiti kehidupan.
baca selanjutnya...

Ini lagi artikel menarik
Sejak kehancuran Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), seluruh sistem pemerintahan Islam pun turut musnah. Sistem Khilafah yang selama ini telah menguasai dan memerintah hampir dua per tiga dunia kini telah lenyap. Sistem Khilafah yang telah menaungi manusia selama lebih 13 abad dan yang telah membawa rahmat ke seluruh alam, kini telah berkubur dengan runtuhnya Daulah Khilafah lebih 80 tahun yang lalu, sebuah institusi politik agung umat Islam. Justeru, generasi yang hidup selepas itu, hinggalah ke hari ini, sudah tidak lagi dapat merasai hidup di dalam Daulah Islam. Mereka sudah tidak dapat merasakan hidup di dalam sebuah Negara Islam yang benar-benar menerapkan sistem pemerintahan Islam.
baca selanjutnya...

Menjadi tanggungjawab kita untuk belajar dan memberikan peringatan kepada yg lain.
Bersesuai dengan firman Allah SWT:

"(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, iaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung." (TMQ Surah Ali-Imran [3]: 104)

------------------------------

Aku bukan mahu tunjuk pandai, apatah lagi mencari glamer.Aku cuma mahu umat Islam semua sedar dan bersatu, cukup lh maksiat yang ada, cukuplah, jika ditakdirkan esok anda akan mati, bersediakah anda? Sudah bersedia jika ditanya tentang pengorbanan anda kepada agama anda? Ayuh umat Islam, kita bangkit!

jangan hentam aku, aku baru nak mengenal dunia.

Adnan Sempit



LAWAK GILA CERITA NI! :-)
Memang best, tak rugi membe aku belanje aku, thanks to Ainur Shahidah :)
Bila part sedih je, angah raje lawak karoake lagu sedih, fuhh best doe, tapi yang spoil nya aku rasa number plat moto Sam mase mula-mula tu tak sama.
Mula-mula plat KBA kalau tak silap then tuka jadi WRW :p

Heroin Intan Ladyana yang bawak, aku rasa macam tak masuk, sepatutnya kena cari pelakon yang muka koperat sikit macam Hetty Sarlene, teringat dia belakon dalam sembilu, memang mantap.
Jalan cerita memang best! Betol lah tu mat motor tak sama mat rempit and tak semua naik moto tu mat rempit. And mat rempit tu adalah penunggang motorsikal yang membuat huru hara atas jalan raya. Selagi dia bawak moto baik-baik atau dengan cara skema, dia bukan mat rempit. Even, yang bawak SuperBike pon kalau mereka buat weelie, wekang, cilok-cilok, meraka juga mat rempit! Bukan nya yang bawak motor kapcai sahaja yang digelar mat rempit. Memang susah nak betol kan mindset rakyat Malaysia, kerana mat rempit seorang, semua penunggang motor digelar mat rempit, Adooi!
Part paling sedih masa renioun party Nadia, Adnan datang, masa tu Nadia tengah kutuk Adnan, then Adnan mintak penjelasan, then Nadia jerit dekat Adnan, sedih doe, terase, kalau lh ada girl buat macam tu dekat aku, aku rasa aku dah bunuh diri dah -.-

Overall, best cerita ni! memang patut tengok, tak rugi, seriously! ThumbUp to Ahmad Idham, pelakon and crew Adnan Sempit :-)

Sejarah Negara


Adakah anda percaya dengan apa yang ditulis pada buku teks Sejarah tingkatan 4, tingkatan5? Bagi aku, aku tidak percayakan sejarah yang aku belajar selama ini! Bagi aku siapa siapa sahaja mampu mengubah sejarah, sesiapa sahaja mampu memalsukan fakta lebih lebih lagi sang penguasa yang mahu mengekalkan kedudukanya dan terus mahu disanjung, maka sejarah itu akan diubah. Yang banyak memihak kepadanya. Seolah olah mereka lh yang menuntut Merdeka seorang diri. Bagi orang yang mempercayai sejarah buku Teks, akan sama lh pemikiranya dan pemikiranya sentiasa boleh diduga malah fikrah dirinya boleh diagak!

Persoalanya, berapa ramai rakyat Malaysia mempercayai sejarah negaranya? Berapa ramai yang mengangguk tanpa mengkajinya? Kita di ajar sejarah tanpa mempersoalkan kebenaran sejarah itu. Guru sejarah terikat dengan akta ISA, jika bercakap berlebihan akan di ISA! Malah subjek sejarah diperingkat sekolah hanyalh untuk dihafal tanpa perlu dikaji! Belajar hanya untuk mendapat A dalam peperiksaan, apa ini semua? Sampai bila rakyat perlu diperbodohkan? Kita tidak diajar untuk mengkaji kebenaran sejarah itu. Andaikan kata ada pandangan yang itu bertentangan dengan sejarah malah mengugatkan kedudukan sesuatu pihak maka silap hari bulan ISA hukumannya. Tokoh-tokoh yang berfikiran fundamentalism dan ekstrim dilenyapkan dari sejarah. Tetapi mereka yang cenderung membodek nama itu yang dijulang dalam sejarah. Jika seseorang tokoh itu berhaluan kiri dan tidak memihak kepada UMNO, jangan harap tokoh itu akan dimasukkan dalam sejarah buku Teks. Samsiah Fakih, Rashid Maidin, Ahmad Bostamam dan lain lain dianggap seolah olah tidak wujud! Sebaliknya, mereka ini lh yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka sanggup mati demi negara. UMNO? Mereka hanya sebuah parti perkauman. Apakah slogan pertama UMNO? Menuntut kemerdekaan atau Hidup Melayu? Berapa ramai tokoh UMNO yang mengangkat senjata? Berapa ramai tokoh UMNO yang sanggop berkorban demi negara? tetapi, dalam sejarah buku Teks, menceritakan seolah olah hanya UMNO sahaja satu-satu nya pihak yang menuntut kemerdekaan! Rakyat di didik untuk taat tanpa menyoal banyak pekara. Hasilnya pemikiran rakyat-rakyatku adalah ditahap yang sama dan jawapannya sentiasa boleh diduga.

Aku tak sanggop melihat sejarah Hang Jebat yang mempertahankan saudaranya Hang Tuah demi menuntut menuntut keadilan dianggap penderhaka. Walaupun pembunuhan Hang Jebat sudah beratus tahun berlalu namun hingga kini Hang Tuah itulah dianggap hero dan mulia. Malah hingga kini Hang Jebat dianggap si perderhaka yang hina, dan si Tuah, manusia yang mulia. Jebat tidak Derhaka!

Cerita Kedai Kopi

Assalamualaikum.
Jangan baca jika anda pro kerajaan,


Belum pon sempat melepasi bulan januari, macam macam perangai kerajaan persekutuan dah buat! Bermula dengan langkah kiri, hadiah tahun baru, gula naik 20sen. Baru baru ni menteri si bapak Dafi AF tu menyatakan bahawa kenaikan gula tidak memberi kesan kerana hanya melibatkan tidak lebih 50sen sebulan. Itu kata beliau. Dia juga memberi fakta bahawa rakyat Malaysia tidak makan gula melebihi 2kilo dalam masa sebulan. TETAPI dia lupa, dengan kenaikan gula, harga barang yang lain juga akan meningkat! Tidak mungkin dengan kenaikan 20sen hanya memberi kesan hanya 50sen! Mungkin dalam dua tiga hari lagi, gulagula akan naik harga kepada 20sen sebiji! Yang susah terus susah, yang kaya terus alpa.

And then minyak juga akan naik, yang ni comfirm tiap tahun naik, Tapi yang peliknya, bila nak pilihanraya, semua berjanji TIDAK akan naik kan minyak! Ohh BN, sesungguhnya rakyat sudah kene tipu. Ingat lagi aku dengan protes kenaikan harga minyak pada zaman Pak Lah dahulu. Jika tidak kerana pemimpin pembangkang membuat protes, aku rase minyak masa tu akan kekal pada harga rm2.70! Harga yang memang tak masuk akal! Yang peliknya, balaci balaci BN hanya mengangguk dan seolah olah menurut sahaja keputusan pemimpin mereka seperti lembu dicucuk hidungnya!

Harga tol akan distrukturkan kembali(dinaikkan).Tol punya isu dah bertahun, dulu nak bayar pampasan lh, itu lh ini lh, sekarang? Harga tol dijangka kan akan naik. Aku sukeee sangat bila Najib cakap "(Dengan penambahan lorong baru itu), kalau kadar tol dinaikkan
sedikit, orang tidak akan marah
sebab perjalanan akan menjadi
bertambah lancar dan tiada kesesakan," katanya.

sumber utusan
YES Najib, kami tak marah, kami sukee, rakyat sukee, semua orang suka, you jangan risau, kami tak kan marahhh punyaaaa! -.- kesian tengok orang yang susah, minyak naik, tol naik, harga barang naik, macam mana lh diaorang nak raya sama sama dengan makpak dorang, kang tak balik kampung kang mula lh cakap Tanggang moden lh, tak kenang jasa lh, derhaka lh.

So kesimpulannya, selamat mengahadapi kenaikan harga barang! Najib cakap kita perlu ubah gaya hidup, rakyat cakap, kita perlu ubah kerajaan!



*banyak lagi kalau nak ceritakan pasal penyelewengan kerajaan BN, dengan F1 nya, dengan jet hilangnya, dengan suntikan 3juta dalam bola sepaknya(dulu cakap kerajaan tak ada duit), macam macam lagi, Lu Pikir Lh Sendiri!

NAJIB..YOU ARE TOO MUCH!

Liverpool


Liverpool will not need to sell either Gerrard or Torres however they will let both Dirk Kuyt and Javier Mascherano leave. Kuyt is in demand and 15mil for a 30 year old is too much for Liverpool to reject. Mascherano will go to Barcelona for 30mil. Liverpool will spend 10mil on Real Madrid Pair Esteban Granero and Mahamadou Diarra. Babel will leave for 10mil.

The money from the Voronin and Dossena deals will not be reinvested into the squad. Kygriakos and Itjande will also leave.Also joining will be:

Maxi Rodriguez (free)
Marouane Chamakh (free)
Luis Suarez (17mil)
Juan Mata (10mil + Riera)
Giorgio Chiellini (15mil)

It is a big risk by Benitez with massive changes but Benitez feels he must sacrifice Mascherano to make changes to improve the squad in the nexessary areas.

Kepantasan Menekan Keyboard

35 perkataan
Speed test
Dengan speed test kamu boleh uji kelajuan menaip kamu. Tentunya kamu tidak akan mendapat 100% keputusan yang tepat, tetapi sekurang-kurangnya terdapat petunjuk disitu. Cubalah berulang kali, dan semakin kamu bertambah laju, adalah kerana, perkataan yang kamu perlu menaip, ialah perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Melayu. Semakin laju kamu menaip perkataan tersebut, semakin pantas kamu menaip teks-teks yang lain. Selepas penilaian tersebut kamu boleh rangkumkan keputusan kamu dalam blog atau dimana saja, jadi kawan kamu boleh melihat keupayaan kamu menaip.

Jika kamu masih belum puas dengan keputusannya, kamu boleh mencuba lagi dari masa ke masa. Jika kamu masih tidak biasa dengan sistem sentuhan menaip, kamu digalakkan untuk mempelajarinya dahulu. Oleh itu, kamu tak perlu lagi melihat papan kekunci semasa menaip dan mudah untuk kamu mencapai kelajuan 70 patah perkataan seminit.


Try lh, best, lagi lagi kalau tengah bosan. Gilo nak capai 70 perkataan seminit, fuhhh.
BERUSAHA! :)

Hobi : Memancing

Hobi adalah kegemaran. Hobi boleh dilakukan bila bila masa. Ade hobi mahal ade pula hobi yang kurang kos wang ringgit. Ini hobi baru saya :



YES HOBI BARU, SANGAT MENARIK :)

Gambar atas ni gambar joran aku. Acctly, tu set bapak aku, ada 2 set. Lame dah tu tak pakai, So, aku sebagai anak merasa bertanggungjawab untuk meneruskan legacy hobi ni, cecceeceyy, ahahaha. Yang aku ingat, mesin yang agak besar tu harge die dekat rm600, rod tu plak sebatang tambahtolak rm200. Fuhhh, nampak macam murah kan? Daripada terbiar, baik aku pakai, bapak aku pon senyapp je, So, OFFICIAL mine lh alat alat tu, ahaha. Acctly banyak kelebihan memancing ni, kalau tak caya try lh Google, jangan malas malas, kalau malas bile nak berjaya, ok. Aku tau korang mesti malas, So, aku list kan sikit ape yang aku dapat mase memancing dengan harapan korang pon ikot jejak langkah aku, lagi lagi mamat mamat dengan minah minah yang tengah frust, tak kire lh frust cinta ke, frust tak dapat pegi sekolah ke or maybe frust tak dapat tiket tengok konsert Mega M Nasir. Ok.

Memancing buat aku rase :
1.Tenang. Boleh lupa kejap masalah dunia, serious ni.
2.Teruja. Seronok bile dapat naikkan ikan. Memang teruja lh, nak tau try lh :D
3.Tak bosan. Ni kadang kadang macam melalaikan(maksiat) pon ade, haha. Tau tau dah pukol 12, tau tau dah 2 jam, haiyaaaa.
4.Mengisi masa lapang. Sekurang kurang nya aku tak merempit :p
5.Dapat kawan baru. Yes, ikan ikan semua tu my new friends :)
6.Bersyukur. Susah weh nak dapat ikan, bagaimane lh agaknya nasib nelayan sekarang, dah lh barang naik, inflasi for sure juga akan mningkat, aku bersyukur family aku hidup sempurna.


Ok, sape kaki pancing tu kalau ade ape nak tambah, sila lh. Setakat ni aku mancing dengan kawan kawan aku dekat sungai, tak ade lh sampai naik bot. But aku teringin mancing laut, So, aku ade contact pakcik aku, die offer baik punya, weekends ni turun laut, wahahaha, aku plak yang jadi tak berani, belom sampai seru kot -.- Tapi satu hari aku mesti jugak, Sooner or Later, errrr er.

*aku belom taksub lagi :p

Kemalangan bas Sani Express

Bila cerita menjadi sensasi, semua mahu menjadi hero!

*gambar diambil dari malaysianbikers.com.my

Bila kecelakaan membabitkan bas 2 tingkat, semua orang melatah, macam tak pernah tengok kemalangan! Semua nak nak tunjuk hero, semua datang dengan pandangan masing-masing, AND, yang pastinya, semua bagi pandangan dan saranan negatif, idea macam orang tak pergi sekolah! Semua cakap main sedap mulut, semua nak glemer, semua tuding jari dekat orang lain, sendiri salah tak nak ngaku?

Seperti kebiasaan, bila kemalangan membabitkan bas, harus lh syarikat bas tu kene hentam dulu, tapi dalam kes Sani Express ni, bas tu baru lagi, tahap keselamatan bagus, tayar tak botak lagi, brek berfungsi lagi, So, lepas tak dapat hentam syarikat, hentam driver pulak, (kalau boleh dorang memang nak kuburkan terus syarikat Sani Express tu), tak boleh tengok orang lain maju sikit, woi sudah sudah lh tu. Driver ada saman 8 keping, So, mangkuk mangkuk ni semua salahkan syarikat sebab bagi pemandu ade 8 saman ni drive bas tu. TETAPI mereka lupa, mengapa driver ada 8 saman boleh pegang lesen lagi? Mereka lupa, pihak POLIS dan JPJ tak gantung lesen driver ni, Mereka lupa, POLIS dan JPJ tak buat kerja, YA mereka semua lupa, bila dalam hati ada perasaan cemburu, cemburu tengok kejayaan orang lain!

Idea paling bangang setakat saat aku menulis ni adalah datangnya daripada orang orang atau manusia manusia yang menyarankan seluruh perjalanan syarikat bas ini di sekat. Bila aku dengar idea ni, terus aku meluat, kenapa tak fikir dulu sebelum bercakap? atau memang sengaja menunjukkan kebodohan diri? Tidakkah mereka mereka ini berfikir kesannya? Tolong lh fikir panjang sikit, tolonglah, awak tu berjawatan besar! Idea ni ibarat kerana nila setitik rosak susu satu tempayan! Contoh, anak si Kumat(bukan nama sebenar) disabitkan dengan kesalahan mencuri dan akan dipenjarakan, So, kalau nak diikutkan dengan idea sibodoh diatas, bermakna seluruh anggota keluarga si Kumat perlu dipenjarakan? Begitu? Ada juga mengatakan bas ini terlalu tinggi, aku tak tau dari gua mana mereka duduk, kerana bas dua tingkat hanya tinggi dalam 2-3 inci daripada bas setingkat, adakah ini sudah dianggap teerrrrlalu tinggi? Jikalau benar bas dua tingkat tidak stabil, aku rasa, sudah berpuluh bas tergolek di laluan Highway Karak! Bas setingkat stabil dan sukar tergolek? Totally wrong dude, try Google tengok!

Next, ada orang cakap, bus ni dipandu laju. Are you sure bas ni speeding over 110km/h? haha. Sekali lagi mereka terlupa akan kebenaran! Mereka lupa dulu kerajaan pernah mewajibkan speed limit divice. So kalau betol lh alat ni diwajibkan dipasang and penguatkuasaan dipantau, mane mungkin bas tu akan overspeeding! Mereka juga terlupa, dulu berjuta ringgit(wang rakyat) dibelanjakan untuk program kotak hitam. Dulu, aku ingat lagi(belum terlupa), bila masuk bas je, nampak stiker 'kenderaan ini dipasang dengan kotak hitam'. Tapi sekarang? Tidak berjayakah program itu untuk mengurangkan kemalangan? Atau mereka terus terlupa?

Kesimpulannya, jangan lh menuding jari tanpa berfikir terlebih dahulu. Aku yakin, kemalangan membabitkan bas Sani Express ni adalah kerana kelalaian pemandu, bukan sebab faktor muka bumi, bukan sebab faktor syarikat bas, bukan juga faktor kelajuaan. Kedudukan penumpang juga mempengaruhi kadar kematian, penumpang di bahagian bawah duduk seperti duduk dalam kereta. Seat terlalu rendah, yang meninggal kebanyakan kerana terkena penghadang jalan raya.

Takziah kepada keluarga mangsa, semoga mangsa ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Al-Fatihah.