Innity

Disaat aku tidak boleh tidur, terfikir aku tiba2, mengapakah dan kenapakah dunia ini terlalu pelik dan pelik. Dengan kepelikan ini terbawa aku ke satu alam fantasi. Penuh keasyikan, penuh nyamuk jugak.

Aiman ade kawan, name die Jamil. Die suke main game komputer. tapi, tangan die selalu getar2. Doktor cakap die parkinson. Tapi aiman tak kisah. Aiman ade kawan. Name die Senah. Die suke pukol orang. Dulu badan die besar, orang takut. Semua tak nak kawan dengan dia. Tapi aiman kawan dengan dia, aiman tak kisah. Tapi Senah sekarang dah kurus. Die suke menggeletar, mase makan mase berak mase mandi. Tapi aiman tak kisah. Doktor cakap dia ade penyakit HIV. Tapi aiman tak kisah...

tibe2 teringat kisah silam. Bile boring macam ni lah jadi, asyik teringat benda berlaku.

Satu hari, aku terase sangat boring, nak main guli asyik kalah. Datang satu idea nak pergi pasar. aku pergi dengan kawan aku. Mase tu naik moto SS. Aku boncengkan satu kawan. Bestfriends lh. BFF orang urban cakap. Mase membonceng tu dia pakai singlet je. Konon nak tunjuk badan tak berape nak tough. Die takut dengan tunggangan aku tu, die peluk agak kuat badan aku. Tau2 mase ambik satu koner ni ditakdirkan jatuh dan terseret jauh.

Mase terseret tu. tangan kawan aku ni masih terpaut kt badan aku. Hasilnye badan aku terselamat dari tersagat dengan jalan. Tapi kawan aku ni hampir seluruh belakang badannye hilang kulitnye.
Memang nak ngangis time tu. Aku yg bawak moto. Dia menumpang tapi .. dia yang tanggung lukenye.

Bile dekat hospital. Keluarga kawan aku tu datang tengok. Bile tengok badan kawan aku yang parah tu. Kakak dia macam histeria sambil meraung raung.

"kenape tak awak jer yang mati .. kenape tak awak jer yang mati"

arghhh...

Sad but True.

Adat lah kan benda yang kita sayang harini, esok lusa belom tentu sayang lagi.


Bukan nak kata aku dah tak sayang tapi semakin hari semakin berkurang. Dulu dia lain, caring, memahami. Bile aku bersedih, die sentiase ade, bile aku seronok die pon mesti ade. Pernah jugak orang try nak usik dia, tapi aku protect. Ini semua sebab sayang. Ya, akhirnya aku akui, sayang tu punyai aura yang sangat kuat. Manusia boleh jadi bodoh sebab sayang. Tak jauh, kawan aku. Ramai yang dah jadi bodoh. Perempuan lah selalunya. Sebab sayang, dia jadi bodoh, memang sayang. Tiba tiba teringat kosa kata 'Stupid dam dam, kau berak keluar ketam'. Sekarang memang orang dah tak pandang, tapi dulu memang cukup famous, kalah Ustaz Haron Din. Jangan terasa ya Ustaz, ini gurau gurau saja.




Suatu hari, aku berfikir, sampai bila aku nak sayang dia.


Sudah berpuluh aku berhabis duit, mungkin ratus. Tapi sebab sayang, aku halal kan semua ni. Ape guna nak bersedih, benda dah jadi. Nasi dah jadi bubur. Mase tetap berjalan, air tetap mengalir. Terbakar rumah, nampak asapnya, terbakar hati, siapa yang tahu.


Waktunya akan tiba. Sooner or later. Sedih memang sedih. Selama bertahun tahun aku mencari akhirnya aku kecapi jua tapi bile bab bab nak berpisah ni, aku lemah. Hati ade taman beb, muka je ganas. Hari hari aku dengar lagu Unforgiven 2 by Metallica. Memang feeling habis, kadang tu siap sing a long lagi sambil main poker. Bila kalah main poker, aku lagi bertambah sedih. Ape lah nasib aku, sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Rambutku, kau lah kekasih awal dah akhir ku.

Perihal Abang Polis

Dasyat gilo. Ok sekarang musim polis menembak orang awam. So, hati hati. Yang budak sekolah tu jangan gatal nak keluar malam. Yang duduk Shah Alam jangan gatal nak lepak mamak tengok bola. Yang merempit jangan buat zig zax.

Terkejut gilo polis tu baru umor 20 tahun. Memang dari kecik nak masuk polis kot. Habis SPM terus masuk pulapol. Lepastu bertugas, pegang pistol. Then meronda, nampak musuh dia. Akibat dendam kalah main guli mase kecik kecik, si polis ni pon tembak musuhnya. TOM TOMM TOMM, mampus. Dendam terbayar, hati lega. Hahh padan muka kau, dulu kuat sangat, tunjuk terer main guli depan awek, sekarang rasakan. Lihatlah dunia, lihatlah. Aku lah polis yang ada pistol. Pistol free, peluru free, gaji tiap tahun naik. Lihat lah. Lihatlah dunia. hahaha

Nampak sangat selama ni polis Malaysia memang jenis trigger happy. Cuma dulu tak ada pendedahan serius dari pihak akhbar. Sekarang ni dunia dah berubah. Dulu zaman Tun Det ibarat pemerintahan kuku besi, tak wujud media alternatif. Haaa sekarang baru kau tahu langit tu tak selalu nya cerah.

Haaaa padan muka kau polis, nak tunjuk hebat sangat kan? hahaha Dah ada kuasa tu jangan lah salah guna. Ingat, orang awam yang bayar gaji polis. Tugas polis menjaga ketenteraman awam, bukan nya pegi tembak tembak orang awam ikot suka pak hang ja.

Kalau nak target kaki, shoot paras kepala. Kalau nak aim tayar kereta, shoot paras kepala jugak. Kalau nak lepaskan tembakan amaran, shoot paras dada. hahahaha dah salah nak cari alasan. HIDUP PDRM ^.^

gagal merancang, merancang kegagalan?

i have an option, but err. . weh susah gilo nak membuat percaturan,kalau leka sikit, padah. bukan bermaksud gelap masa depan tapi kena start back from zero. ok sekarang tuggu poly, resultnya sabtu ni and tuggu matrik. matrik 23 or 24 macam tu untuk keputusan rayuan. maybe matrik also not in my list, aku ni lambat panas, karang kalau nk strugle strugle ni kena ambil risiko, takut sejuk je sampai ke sudah. susah woo. lagi lagi ke hulu ke hilir orang cakap budak matrik kena lelong, kena lelong tu macam ko mintak kos engenering tapi yang dapat kos perikanan. jadah apa nak perikanan, tu kat laut dah bersepah ikan, generasi aku yang ketiga pon belom tentu ikan ikan tu semua pupus. abang aku exam matrik sem 2 ni dapat 2.4. gilo, tu belajar bende basic pon dah sakit, ni kan pula yang setahun punya. tapi abang aku bio A, fizik B, math D, haha kalau otak aku campur otak abang aku, mesti 4 flat punye, wallahualam.

yaa, form 6 awal awal lagi dah kena bangkang, pukol 11 aku ambil result pukol 12.30 bapak aku dah cakap jangan form 6, gilo, harapan untuk form 6 hanya wujud sekitar sejam setengah. waa the fakk. bapak aku tak suke sebenarnya aku duduk rumah ni, yah i know, aku ni kire macam beban lh, malam keluar sampai lewat malam, weekend keluar, selang 3 hari mintak duit. even jiran aku komplen sebab aku balik lewat and bla bla bla bla. . tapi bile aku keluar nanti, rumah ini mesti sunyi, yelah, tak ade lh lagi jeritan atau tangisan adik aku, sebelom sebelom ni tangan abang die ni lh yang memeriahkan suasana. . haram sungguh. nak keluar rumah ke tak? nak pilih awek pon tak susah macam ni. haihhhh

another option, swasta. sekarang ni pon tengah merisik risik KLMU tu, iklan macam gempak. mahal tuuuuu nak iklan dalam slot bulitin utama. yang ni mak aku dah bagi green light, kalau tanya bapak aku, die suruh aku kerja ja, dari dulu spa spa spa. . macam lah aku nak sangat kerja pegang pegang darah. dia tak tau kot anak dia ni tak boleh tengok darah. Farah Shaiful banyak bantu aku pasal KLMU ni, yelah dia student situ, lepastu dia janji nak kasi aku awek sorang bile aku belajar KLMU ni, good good tak payah nak tunjuk hero depan awek dah :D

MUHAMAD FIRDAUS
36000, TELUK INTAN
Perak No Pelajar: 20104**4*4

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:

Program: (BM114) Sepenuh Masa
DIPLOMA ANALISIS PELABURAN
PENGURUSAN PERNIAGAAN

Kampus: R - UiTM Kampus Arau Semester: JULAI 2010

Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan.

Tempat: UITM KAMPUS ARAU
02600 ARAU, PERLIS Tarikh: 26/6/2010 Masa: 8:30AM - 4:30PM

Kemudahan kolej kediaman : DISEDIAKAN


alhamdulillah aku dapat tempat dalam UiTM. mak aku tak tau lagi ni, aku malas nak bagitau sebab dia tak tanya. karang ade pulak ayat ayat keluar, ish malas sungguh. kalau boleh, aku nak tentukan sendiri masa depan aku, kalau ditakdirkan aku gagal separuh jalan, aku redha sebab its my own pilihan. mintak simpang lh benda benda negatif ni.aminnn.

ini kira kos bidan terjun. ini kos yang aku update kali tiga and lagi beberape jam sebelum permohonan ditutup. susah kan nak percaya. 1st dulu aku buat mekanikal, mekanikal, perakaunan, mekanikal. 2nd update aku buat mekanikal, perakaunan, stastik, asasi alam bina. disebabkan aku tak puas hati, last aku update jadi investment, asasi alam bina, perakaunan, mekanikal. ketara kan aku punya perubahan. and sukar ramal apa aku punya minat dan kecenderungan. alhamdulillah dapat juga tempat, and aku dah bercita cita nak lari ke bisnes management bila nak buat degree nanti, insyaAllah kalau diizin kan Allah dan kalau ada umur yang panjang. aku juga sudah berkira kira untuk membuka syarikat kerjasama dengan cik azza. insyaAllah. dia ambil kos seni bina, bapa dia pula seorang kontraktor yang berjaya. untung lah weh ada kabel kuat. :P

Ok sekarang aku rasa poly aku mungkin dapat kos kejuruteraan mekanikal insyaAllah, oleh sebab itu, aku merasakan bulan 6 adalah bulan yang tak tenang, pertembungan semula antara minat kehendak bla bla bla bla. aku minat mekanikal. aku minat kira-kira. weh macam mane nak tengok world cup dengan hati yang tenang? haih

gagal merancang or merancang kegagalan?

do it, DOIT!

Facebook is a social networking website that is operated and privately owned by Facebook, Inc. Since September 2006, anyone over the age of 13 with a valid e-mail address can become a Facebook user. Facebook's target audience is more for youths than adults.

http://en.wikipedia.org/wiki/Facebook

haha saje post pasal facebook, dah tak ade bende nk search dah, atas tu mukadimah, isi tk tentu lagi pasal ape.

Pengaruh facebook ni memang kuat, sangat kuat. aku mula tertarik dengan facebook ni sejak pilihanraya umum Iran, tahun lepas. Masa tu ada golongan yang sokong kerajaan and golongan sokong pembangkang. President Iran yang baru ni, Ahmed ape ntah nama dia dikecam melalui facebook. Facebook jadi medan berkempen, hasil wujud golongan urban facebook menolak kepimpinan Ahmed ni. Kalau nk tau lanjut kena google lh, aku bagi bayangan sahaja.

Sebelom aku create facebook, aku memang benci gila facebook,lagi lagi bila wujud facebook versi bahasa melayu. weh apa barang buat facebook. Setelah diracun oleh cik Azza, akhirnya aku buat facebook dengan syarat cik Azza menjadi pembimbing aku. bla bla bla bla . . . Facebook sekarang dah terpesong jauh, facebook jadi medan para bacul dan para bapok menonjolkan diri, baling batu sorok tangan. dah buat page personal attack, tak nak mengaku, weh apa barang kutuk belakang weh? telur tak ada ka? dulu isu Sultan Johor, sekarang isu TG Nik Aziz. Lepasni mungkin giliran aku, standart lh, aku ramai orang tak suka, kalau wujud page mengecam aku pon aku tak terkejut sangat, mungkin terkejut taraf taraf Amri Yahya main untuk Liverpool. Tak ade lah terkejut sangat kan?

kewangan semakin meruuncing dan amat meruuncing jika tiada anjakan paradikma. anjakan paradikma anjakan paradikma, dari dulu sampai sekarang itu jelah di ulang, konon nk naik kan semangat, tapi harammm, typikal semua ni, khurafat khurafat. nk bayar minyak moto pon tak lepas, nak beli scrap untuk rambut pon kena fikir 5 6 7 8 9 kali. Esok hari ISnin yang paling aku tunggu tunggu, tak tahu kenapa, dari mggu lepas aku macam weh cepat lh isnin. Yang pasti isnin ni akan ade benda yang berlaku, baik atau buruk, sooner or later there must be something happen.

Agi Idup Agi Ngelaban wehh, walaupun Rentap dah mati tapi semangat die belom mati.

Facebook Illuminati?

The September 11 attacks (often referred to as September 11th or 9/11) were a series of coordinated suicide attacks by al-Qaeda upon the United States on September 11, 2001. On that morning, 19 al-Qaeda terrorists hijacked four commercial passenger jet airliners. The hijackers intentionally crashed two of the airliners into the Twin Towers of the World Trade Center in New York City, killing everyone on board and many others working in the buildings. Both buildings collapsed within two hours, destroying nearby buildings and damaging others. The hijackers crashed a third airliner into the Pentagon in Arlington, Virginia, just outside Washington, D.C. The fourth plane crashed into a field near Shanksville in rural Pennsylvania after some of its passengers and flight crew attempted to retake control of the plane, which the hijackers had redirected toward Washington, D.C. There were no survivors from any of the flights.

sumber : wikipedia

kalau nak cerite pasal 911 ni sampai bila pon tak habis, banyak teory. tak kan habis sebab selang 2 3 bulan, jumpa bukti baru. lebih kurang sejarah lah. aku benci sejarah sebab belajar sejarah tak pernah habis. kalau jumpa bukti baru, buka balik buku sejarah, kaji, lepastu wujud sejarah baru. contoh bersepah, tak payah jauh jauh. kalau terer cuba bagitau tanah melayu ni dibuka pada tahun bila? haaaaa mesti berdebat sampai 7 hari 7 malam punya sebab tahun tanah melayu dibuka masih mesteri, tapi kalau ikut buku teks budak sekolah, tanah melayu dibuka pada tahun 1400 oleh parameswara. perh tak sangke aku ingat lagi sejarah ni, parameswara gadoh, nak kalah lari pergi temasek, lepastu lari pergi melaka, nampak anjing die gadoh dengan kancil dekat bawah pokok melaka bla bla bla bla. maka dari situ, telah dikatakan parameswara bukak tanah melayu. tapi ada pencanggahan pendapat, sebab orang kedah claim tanah melayu dibuka sebelum 1400 lagi, buktinya dengan kerajaan kedah tua telah lama dibuka, bla bla bla ni kalau cerite ni tk tau bile nk habis. kelantan juga claim kerajaan kelantan tu lagi lama dari kerajaan melaka, buktinya sultan kelantan dari indonesia, not sure dari keturunan mane, and dikukuhkan lagi dengan batu bersurat bla bla bla bla. . . belom cerite pasal perak man lagi, so bile sebenarnya tanah melayu dibuka? kaji dan terus mengkaji, tu pasal aku benci sejarah, jumpa tulang manusia je, terus kaji balik bla bla bla. kalau dah belajar sejarah, tak sah kalau tak ade mitos, cerite puteri gunung ledang tu betol wujud ke? hang tuah tu betol wujud? bukti nya ade, dikatakan keris taming sari ade dalam simpanan istane perak. kenapa istana perak? haa google sendiri. tapi sampai sekarang cerita lagenda hang tuah masih misteri. tu belom cerite pasal mahsuri, cerite pasal ikan dan pantang larang bla bla bla.

eh dulu bukan main kecoh lagi facebook discandal kan dengan yahudi/israel/illuminati/etc. sejauh mane kebenaran tak dapat dipastikan. sekarang orang semakin urban, semua nak main scandal, tiger wood dah kantoi, on the way nak kantoi ribery,karim benzema and govou. tu lah sape suruh tuuuut dengan budak bawah umor, rela macam mane pon dikira rogol, kene sebat babe. btw aku pon dulu tgk kuat jugak ngo yg perjuangkan isu israel ni, tapi sekarang macam senyap. tetibe muncul isu APCO, aktif balik, kerajaan didesak, kadang kadang bagus juga anwar ibrahim tu, kadang kadang meluat juga tengok anwar ibrahim tu. kalau bukan kerana dia, harga minyak mungkin tak akan turun and stay rm2.70 seliter. dan berpunca dari dia juga sekarang kaum melayu tergila gila politik. pecah belah kaum melayu. haiyaaaak. nak politik tu boleh tapi tak kan sampai tahap tak nak lepak semeje dengan orang yang berlainan parti politik? sampai tak nak berbisnes dengan orang, politik je pon. eh bukan kah itu diskriminasi? eh tapi kawan aku cakap diskriminasi tu bile kene pukol je, hihihi. weh ape jadah aku nk cerite pasal facebook tetibe keluar anwar ibrahim ni? patut lh BM aku dapat A+++ pandai kembangkan ayat rupanya, sejuk perut mak aku ngandungkan aku.

ok cuba try buat akaun facebook pakai tarikh lahir 11 september 2001. kalau akaun berjaya dicipta aku belanje kfc dinner set 7 hari berturut turut.

another illuminati scandal's.

catch me if you can


Al kisah.... aib... tersebut lah kisah sang beruk kemaruk pisang mengamuk kerana tak dapat pisang.

Hahaha was just kidding of the above....

Pada sekitar jam 6:00pm - 22nd February 2010, saya ketika itu berjalan pulang ke rumah, setiba nya saya di perkarangan Apartment saya ini. Muncul lah beruk (Encik Shakirin bin Encik Sulaiman - Bukan anak raja dan bukan king.) secara tidak semena-mena. Beliau bersikap provokasi terhadap saya, mengatakan seperti yang berikut :

"oii penjenayah... oi penjenayah... apasal polis ikut kau ?"

Provokasi beruk PKR PEKIDA, hanya untuk menganggu saya.... untuk bermain dengan emosi saya. Hehehe. Sebenarnya beruk bernama Shakirin bin Sulaiman ini anjing suruhan mereka penjenayah yang berbuat agenda terhadap saya, dan memerhatikan saya. Bukan pertama kali agenda beruk ini terhadap saya... taktik dan cara purba tukun ikan mereka ini dari semenjak dahulu lagi, tidak pernah berubah. sama sahaja... cuma bak kata orang putih "The same shit, but in just another different day". Telah 8 tahun derita saya ini, dah tentulah saya tahu dan hafal cara modus-operandi beruk ini dah beruk gorilla dalang dibelakang nya.

Bukan pertama kali modus-operandi beruk ini dan mereka dalang disebaliknya. Telah banyak saya tulis di artikel artikel saya ini, Shakirin bin Sulaiman ini, selalu buat buat (pura pura) hendak bertembung dengan saya. Kerana beliau di hubungi oleh mereka pihak penjenayah low class busybody yang memerhatikan saya. Tujuan mereka berbuat seperti ini adalah untuk mencari pasal.. untuk mencetuskan pergaduhan. Modus-operandi Shakirin bin Sulaiman dan mereka ini, yang sengaja pura pura untuk bertembung dengan saya ini, i.e saya hendak keluar, dia hendak balik, saya hendak balik, dia pun hendak keluar, saya hendak keluar dia pun hendak keluar, saya hendak balik, dia pun hendak balik. It's too obvious !!!

Shakirin bin Sulaiman ini adalah jiran saya di apartment saya ini. beralamat :

*********

Setelah beruk ini membuat provokasi seperti yang saya ceritakan diatas, saya buat endah tidak endah sahaja. Saya pulang ke rumah, mengunci rumah. Menunggu beliau untuk menaiki tangga.

Saya pun provoked beliau kembali... kerana saya tahu kelemahan beruk ini yang dihantar oleh PKR PEKIDA dalang disebaliknya, kelemahan beruk ini, emosi !!! Beruk terdesak ini tidak boleh mengawal emosi nya... akibatnya beruk ini tersilap langkah !!!

Saya hanya mencuit sedikit sahaja, seperti yang berikut :

"Bapak tak reti didik anak... patut pun anak perangai macam barua, bapak pun macam lahanat. Sama jer species."

Shakirin itu menjawab : "babi kau hina bapak aku..."

Dia marah bapak dia kena hina... tapi tak betul ke apa saya cakap tu ??? bak kata peribahasa "Bagaimana Acuan, Begitulah Kuihnya", bapak kencing berlari - anak kencing berdiri.

Kalau tidak suka mak bapak kena kutuk kena hina, jaga tingkahlaku... bukannya buat perangai beruk yang menconteng arang di muka mak bapak. Kan ?

Apa bila beruk itu marah dan tidak dapat mengawal emosi nya... beruk itu lantas turun tangga, ke ke rumah saya... lalu menyepak yepak grill dan pintu rumah saya.

Akibatnya... telah berlaku kerosakkan terhadap harta benda saya. Grill pintu rumah saya telah patah di sepak oleh beruk Shakirin bin Sulaiman itu.

Betul kata orang, ikut hati BINASA... BINGO !!! Itulah kesilapan yang dibuat oleh beruk itu. Ramai saksi saya, terutama jiran disebelah pintu (sebelah rumah), dah saya sendiri mengambil gambar kerosakkan itu.

Kerosakkan harta benda, adalah JENAYAH !!! Ianya adalah kesalahan jenayah !!! Kalau dia baling botol kicap kat dinding tepi rumah saya, tetapi tiada kerosakkan harta benda, tidak apa. Ini tidak... di terajangnya pintu saya sampai patah grill tu ??? Wahhh melampau !!! PKR PAS PEKIDA ini memang penganas !!! Sudah la bapak ahli Jemaah Islamiah... anak pula ahli geng bontot PKR PEKIDA.

credit to : http://luqiee.livejournal.com/

aku tak tau nak kesian or nangis, bukak sendiri blog dia. dia menggelar dirinya anak angkat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Malah dia juga mencaci Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai tohmahan yang biadab. Penulis itu mendakwa penggunaan kad pintar itu merupakan ideanya (Luqmanul Hakim), yang ditiru dan diciplak oleh pihak-pihak tertentu iaitu Kerajaan Malaysia.Dia juga menuntut bayaran sebanyak RM800 juta sejak 2006 tetapi tidak dibayar sehingga kini. Ayat atas ni aku copy dari utusan.

Oh yaa dia juga meminati Lisa Surihani. Tapi bagi aku, Scha lagi mantap :x