Liverpool

Buat kesekian kalinya, Liverpool kalah. bodo bangang tak reti main bola. Lancau lh, penat aku sapot. haih. Tadi aku lepak mamak.Acctly aku malas, tak selesa,kotor,tak ade clas. Tapi dah ade membe semangat ajak ,aku on jelah, tu pon lepas die cakap nak belanje makan minum -.- Acctly tv dekat rumah aku rosak, dekat seminggu dah. bapak aku buat bodoh je, nak kasi pengajaran sikit dekat adik adik aku haha , yelah dulu kan asyik tv je, sekarang dah rosak, haaaa amik ko! haha cool bukan bapak aku? hahaha .
Ok back to topik, aku rase Liverpool kene beli lagi seekor penyerang. kesian si abe Torres tu. Bodo, main stiker solo lepastu letak defender midfil banyak banyak, mane nak gol nye woi. Bernitez, ko masuk kan lh Aqualini tu ganti Lucas, Lucas ni main macam haram, buat death ball pon tak reti, bodo mangkuk hayun haha. Lepastu, ko ajo budak budak tu care nak halang setpiece pasukan lawan. Aku tengok team ko ni, kalau corner ke kalau freekeck ke, mesti gol. Sebab freeheader, sebab player ko tak making geng lawan. ok faham Bernitez? macam ni la care main bola, haiiiiiii sakitt hati aku tengok taktikel ko ni, sampai bile nak harap Gerrad, bodo, cari lh pelapis, tak kan ni pon aku nak ajar? Bodo ko ni. Untuk owner Liverpool pulak, ko jangan lh besar kepale, sukati bapak ko je nak jual saham team Liverpool.Kalau ko main jual jual saham, sikit lagi ramai lh pemegang saham dekat Liverpool, lepastu susah nak buat keputusan majoriti, sebab bukan semua pemegang saham sekepale dengan ko. Bodoh jangan nak politikkan bola sepak =.=  fuhhhhh

Dulu mase ade Alonso, ko pegi jual, sekarang apa sudah jadi? si Lucas tu main pon aku rase Hardi Jaafar main lagi bagus.





sape lagi hensem? mesti lah abe botak kan? hahahahahahahaha

Ok pesanan akhir aku, Liverpool, ko main lh elok elok kalau ko tak nak hilang sokongan aku. Kalau ko main bagus bagus, tahun depan aku beli jersey ori ko. Tahun ini tak boleh beli sebab ade lambang carsbelg, nak beli lokel aku malas. Tahun depan standet chartet bank taja ko, so boleh la aku beli yg ori, tapi ko kene lh main elok elok ok sayang, love you hahahahahahahaaaa
YOU"LL NEVER WALK ALONE

BBQ

9 Dec to 10 Dec of 2009, my friends and i have realise our planed to have a BBQ at Teluk Batik. HAHAHA. Seramai 8 orang telah selamat pergi dan balik. 6 orang lepasan SPM 09 dan 2 orang lagi yang agak berumur haha. Total damage RM 105 =.=

Day 1 (9 DEC)
Masalah transport, perjalan terpaksa ditunda beberapa kali. Kerjasama yang diberikan sangat buruk. Masing-masing dengan penderian masing-masing. Keras kepale lh senang cakap. Huh. Pukol 5 baru masalah transport selesai. Seramai 8orang telah memuatkan sebuah MPV. Gilo jang satu keto 8orang! Apo bole buek. hahaha. Masalah kedua, port. Dalam 30minit juga berlegar-legar mencari port untuk mendirikan rumah. Akibatnya, rumah terpaksa dibina dalam kesamaran kerana hari mulai gelap! Malam pegi Gaint then terus BBQ . Then lepak sampai ngantok.

seorang tiada dalam gamba(tukang tangkap)

agak bodoh juga panggang hotdog dalam api, habis hangus tapi sedappp.nikmat ^.^



:)

time lepak

Day 2 (10 DEC)
Pagi ini tak ade benda menarik pon. Mandi manda then ke Lumut breakfast then balik. Mase isi minyak, sempat berkenalan dengan bangla pump minyak hahaha.


yob baju putih ni single lagi =D



Ok dah habis. Saje je aku nak tulis sini, bosan tidak ade kerje, nak bace buku, SPM sudah habis pula hahaha poyo -.- Banyak lagi kenangan dan insiden yang rasanya tak perlu diceritakan. Ok next aku akan pergi Kedah pulak, Aloq Staq, kampungku .

Turbo



YES aku dah faham macam mane sistem turbo berfungsi. So sekarang boleh lah pasang angan-angan nak menTurbokan kereta mak aku =D tunggu duit je, ade duit kalu, jalaaannnn =D

Acctly, sistem ini tak sesukar yang disangka. Cukup simple!
Turbo adalah force induction bagi meningkatkan kuasa injin. Kuasa sesebuah injin dipengaruhi oleh oksigen yang memasuki kebuk pembakaran. Turbo terdiri dari turbin, wastegate, intercooler dan juga sistem enjin biasa. Jika ingin berangan memasang turbo, enjin mesti ditukar kepada twin cam injin ataupon dipanggil DOCH(Double Over Head Cam) untuk memberi lebih kuasa memecut. Ok sekarang aku akan terangkan komponen-komponen dalam sister turbo ini mengikut apa yg aku faham :

Turbin : Bertanggungjawab untuk membawa masuk angin panas(asap) ke intercooler. Turbin ini terletak di manifold ekzoz sesebuah kenderaan. Asap yg melalui nya akan megerakkan turbin dan seterusnya asap tersebut akan bergerak terus ke intercooler. Bersama-sama turbin, terdapat wastegate.

Wastegate : Bertanggungjawab untuk mengawal jumlah asap yang memasuki turbin (mengawal boost). Jika asap atau boost sudah mencapai tahap nya, wastegate akan terbuka dan seterusnya asap itu akan keluar melalui ekzoz kenderaan. Wastegate juga akan tertutup apabila 'trotel' dilepaskan, bermakna tiada asap akan melalui turbin dan intercooler. Pada saat ini anda akan mendengar bunyi 'kepissss' kerana tekanan asap tadi dilepaskan ke surrounding environment.

Intercooler : Bertanggungjawab untuk menyejukkan asap(angin). Angin yang sejuk memberi lebih oksigen daripada angin panas bukan? Selepas angin tadi disejukkan, angin tersebut akan memasuki injin untuk proses pembakaran. Pembakaran memerlukan angin dan minyak. Angin yang lebih oksigen akan membuatkan pembakaran lebih sempurna dan akan memberi lebih kuasa.

Blow Off Valve : Bertanggungjawab untuk membuang lebihan atau sisa-sisa angin sejuk yang tidak digunakan. Seterusnya mengawal angin atau boost yg memasuki injin. Apabila 'trotel' dilepaskan, injin tidak memerlukan angin yang banyak untuk melengkapkan pembakaran, disini lah BOV ini berfungsi.BOV ini kebiasaan terletak di intercooler.

Tidak sukar bukan sistem turbo ini? cukup simple kerana tidak terlibat secara langsung dengan komponen didalam injin. Tetapi, sayang seribu kali sayang kerana dasar automotif negara ini menyebut bahawa tiada lagi barang-barang terpakai import atau halfcut pada tahun 2011. Ini bermakna sukar untuk mendapatkan injin-injin DOCH yang kebiasaan nya diambil dari model kenderaan mitsubishi. Halfcut ini diimport dari negara yg mengamalkan dasar scrap. Kereta yang melebihi umur-umur tertentu akan discrap. Contohnya negara Jepun dan Singapura.



Ok sekian untuk kali ini.
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong betolkan.

Keret :)

Industri filem Tanah Air

Belom pon reda masalah Mat Rempit, kini masih ada lagi nak meneguk di air yg keroh .Persoalan nya, sampai bila kah filem Mat Rempit harus dibikin? Sampai bilakah Mat Rempit akan terus diagongkan? Belom pon reda kontroversi filem Bohsia, kini muncul pula filem Adnan Semp-it .walau pon cerita ini berkisarkan tentang cinta berlainan darjat, akan tetapi filem ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi remaja untuk melalukan aksi stunt yg merbahaya di jalan raya atau mungkin dihadapan rumah anda sendiri? Aku adalah salah seorang yg menentang keras filem Bohsia ketika filem ini mula ditayangkan kepada umum sedikit masa lalu.

Pada asasnya, apakah kebaikan menonton filem Bohsia? Pada pendapat aku, filem ini hanya menjatuhkan maruah orang melayu. Tidak malukah anda sebagai seorang melayu apabila menonton filem itu? Tidak malukan anda apabila menonton filem seperti itu bersama dengan ibubapa anda? Penuh dengan kata-kata kesat dan tidak sesuai untuk golongan pelajar sekolah. Persoalan nya, bagai manakah filem seperti itu seolah-olah dihalalkan tayangan nya di pawagam? Adakah kerana pengarah filem itu mempunyai 'kabel' yang kuat? Fikir-fikirkan lh.

Setelah filem Bohsia berjaya box office di Malaysia, industri filem Mat Rempit tidak berkubur begitu sahaja. Malahan filem-filem berunsurkan Mat Rempit bagai cendawan tumbuh selepas hujan di negara ini. Salah satu nya adalah Remp-it 3. Difahamkan filem ini bakal ditayangkan pada hari raya syawal yg lalu, tetapi nasib tidak menyelebahi apabila filem arahan Farid Kamil ini tidak 'lulus' untuk ditayangkan. Persoalan aku, sejauh mana 'kehebatan' filem ini? sedangkan filem Bohsia dengan wanita separuh bogel, kata-kata kesat pon boleh 'lulus'. Oleh itu, dapat digambarkan sejauh mana 'kehebatan' filem Remp-it 3 ini. Sudah tentu lebih memualkan dan lebih aksi-aksi 'bukan cara Islam' daripada filem Bohsia. Difahamkan juga filem Rempit 3 ini akan ditayangkan pada awal tahun hadapan dengan tajuk baru dan dipotong babak-babak hangat. Sama-sama kita nanti kan dan aku tidak akan terkejut kalau filem berasaskan Mat Rempit ini akan box office.

Pada masa yang sama, filem Adnan Semp-it juga akan ditayangkan pada awal tahun hadapan. Jalan cerita filem ini mirip filem Bohsia. Mengisahkan seorang perempuan yang bekerjaya yang telah jatuh cinta dengan seorang Mat Rempit. Berdasarkan sinopsis, filem ini agak menarik dan kurang kedegikkan kaum hawa. Boleh dikatakan filem komedi juga. 

Persoalan nya, sampai bila rakyat Malaysia akan terus dihujani filem-filem sebegini?

Sekian. :)

:)

aku officially bukan budak sekolah lagi. Bye Bye school, Welcome 2010 :)

Ya Allah, kini aku bertawakal kepadamu ya Allah setelah aku berusaha sebaik mungkin dalam SPM09. Berikan lh kejayaan kepada hamba mu ini. amiin :)

coretan budak mentah

yes tinggal satu paper lagi! fuhhh dah boleh enjoy sikit2 ^.^ tadi paper fizik not bad lh, paper3 spot magnet dengan load, alhamdulillah kelua :D seronok doe, aku jawab dua dua essay tu =D tempat aku sebelah pintu tapi panas. angin kuat tp angin panas, erhhhh . bio paper3 lenjun baju aku, td pon nyaris2 je, apasal la tak pasang aircond, yelaa sekolah aku kan taksub dengan "perhatian" . kalau boleh semua kelas nak ade aircond, kalau boleh nak semua sekolah tau hari rabu sekolah aku pakai uniform, tu lh sekolah aku, pentingkan populariti, tapi akademi tak cemerlang. buat kelas tambahan tapi hangat2 tahi ayam, hari2 cancel, ape jadahnya haha .
budak2 pengawas pon haram jugak, rambut pnjang tak ape, ponteng melepak semua tu macam 'halal' je dekat mate cikgu. tapi nasib baik aku budak sains, cikgu tak berani usik HAHAHA hari2 aku datang lambat but cikgu rilek je senyum, coollll . tapi tu semua kenangan, lepas ni aku tak jumpa dah dorg, aku dah besar.cehh cehh haha . and yes, aku dah mula rindu sekolah aku rindu cikgu2 aku, aku rindu kata2 cikgu aku, selalu bagi semangat kat aku and kawan2 walaupun kiteorang nakal sikit, and sekarang kami dah berubah. thanks cikgu :)
dalam exam aku selalu terfikir pasal mase depan, bukan pasal pekerjaan tapi pasal tanggungjawab aku, sekarang pon aku dah rase, and aku tak dapat bayangkan macam mane aku nak jadi budak dewasa, cari duit sendiri, arhhh aku ketakutan :| tak dapat aku bayangkan kehidupan selepas alam persekolahan :| tak ada lagi sahabat gelak tawa, lepak sama2 , tak ada masa jenguk mak aku mungkin bila aku melanjutkan pelajaran :| cuti sem 4 kali je setahun so that mean aku balik rumah dalam setahun hanya 4kali :| tak dapat ku bayangkan.  and aku maybe tak akan keje sambil tunggu result sebab aku nak luangkan masa dengan mak aku, nak drive die pegi mane2 die nak, i love you mum : hari2 aku fikir macam mane nak happykan die but im blur, aku tak tau, ohh :|
esok aku plan nak pegi ipoh. aku nak buat kawan2 aku happy sebab aku tau lepas dapat result nanti kite mungkin tak jumpa dah or maybe masing2 dah bawak haluan masing2.ntah lah, aku tak faham kawan2 aku, dorang macam tak sedar or aku yg terlalu over? and then hari sabtu aku gerak sungkai, dah janji dengan nenek aku nak ambik die balik, die duduk rumah adik die sebab adik die tu pegi mekah. adik nenek aku tu pon kire nenek aku jugak en tp aku tak berape nak jumpa sangat. then ahad maybe pegi ipoh lagi sekali, hantar sedare plak balik kolej, tu pon kalau die suruh anta lah. then isnin ade class kimia. selase exam kimia. weekend next week aku plan nak lepak kg aku. nak jumpa classmate, kawan2 mase sekolah rendah. haritu dorg ade mesej aku mase spm. terharu doe, tak sangke dorg igt aku, aku je tak ingat dekat dorg hmm acctly aku ade jugak sahabat dekat kg, aku emi erol , kiteorang memang top la dulu dekat sekolah, emi tu sebaya aku tapi die pangkat pakcik sebab die sepupu dengan mak aku,erol tu plak orang kaya, bapak die ade banyak tanah and jugak orang kuat UM*O dekat kawasan die tinggal. lepas tu aku kene balik kedah, sebab nak ambik adik aku plak, lepas tu nak gerak kl insyaAllah :) oh tak lupa jugak gath bebudak 3rk 2007. i miss all my friend. ini lah yg aku cakap, tanggungjawab. nampak bukan tanggungjawab aku dalam bulan 12 ni. aku bukan merungut but aku tak tau macam mane nak hadapi, tu baru sikit, nnti  dah duduk asrama, tak ade mak bapak aku, lagi besar tanggungjawab aku :|
banyak plak aku menaip harini. aku pon pelik :-? haha


p/s : sape ade jawapan objektif utk paper spm ni hulur2 lh ok. sharing is caring :)


ASSALAMUALAIKUM.

dunia kesilapan mata v4



ok lets start with Human Head by Animal

cool tak?




statik or moving? :-?

arhhhhh!

kalau tengok betul2, akan nampak garisan hitam bersilang bukan?think again....


KERET.