Formula One 2010

Formula One(F1) 2010 team list :

McLaren-Mercedes
1. Jenson Button
2. Lewis Hamilton

Mercedes Grand Prix (BrawnGP team)
3. Nico Rosberg
4. Michael Schumacher

Red Bull Racing-Renault
5. Sebastian Vettel
6. Mark Webber

Scuderia Ferrari
7. Felipe Massa
8. Fernando Alonso

Williams-Cosworth
9. Rubens Barrichello
10. Nico Hülkenberg

Renault F1 Team
11. Robert Kubica
12. Vitaly Petrov

Force India F1 Team-Mercedes
14. Adrian Sutil
15. Vitantonio Liuzzi

Scuderia Toro Rosso-Ferrari
16. Sebastien Buemi
17. Jaime Alguersuari

Lotus-Cosworth
18. Jarno Trulli
19. Heikki Kovalainen

Campos-Cosworth
20. TBC
21. Bruno Senna

US F1-Cosworth
22. Jose Maria Lopez
23. TBC

Virgin Racing-Cosworth
24. Timo Glock
25. Lucas di Grassi

BMW Sauber
Kamui Kobayashi
Pedro de la Rosa

HUHU. Yang paling menarik, tahun ni Malaysia claim Malaysia ada dalam f1. Ingat lagi tak dulu Najib cakap berapi-api sambil ditepuk gemuruh rakyat Malaysia (geng angguk-angguk). HAHA. Ok kalau kamu lupa, ni aku nak tunjuk gambar yang disembang tu :
So, dah ingat balik? Dah refresh your memory? HAHA. Dulu, macam-macam dicakapkan, Malaysia ada f1 team lh, anak Malaysia driver f1 lh, tapi in fact, Fairuz Fauzy tu hanya test driver sahaja. Hebat lagi Alex Yong, jadi race driver walaupun hampir setiap perlumbaan disekat dari menyertai perlumbaan utama kerana tak lepas catatan masa! HAHAHA, dulu projek Minardi F1, (projek Tun Det) ni berkubur, so, adakah team Lotus F1 (sebut 1Malaysia F1 team) ni juga akan berkubur? Dan yang paling penting, adakah wang rakyat akan lebur begitu sahaja?

F1 2010, banyak cerita di sebalik takbir. Pasukan dari Jepun iatu Toyota dan juga Honda mengumumkan penarikan diri dari F1, tak cukup duit katanya. Bayangkan, pembuat kereta nombor satu dunia(Toyota) pon tarik diri, tapi Proton join pula F1 team under Lotus F1 team(sebut 1Malaysia F1 team). HAHA. Tak cukup dengan itu, Micheal Shumaker(MS) umumkan kemasukan semula ke sukan Formula One under Team Mercedes(BrawnGP). Saingan menarik ni, mampu ke MS tu fight dengan pelumba muda macam Button, Halimton, Sebestian Vettel? Kimi Rikonen dan Nelson Piquet Jr. mengumumkan bersara dari F1 dan join sukan lain, khabarnya Kimi nak join Rally, Nelson join truck race.

Ok, jom cerita pasal Mercedes F1 team dengan Lotus F1 team(sebut 1Malaysia F1 team). Pada bulan Januari, Mercedes melancarkan kereta dan memperkenalkan driver dan juga team crew. Lotus pula berbuat demikian pada 12Febuari yang lepas.

Mercedes Grand Prix

Lotus F1
*credit to Paultan.org

Berdasarkan pemerhatian, kereta mana satu yang melambangkan Malaysia? rasanya kalau proton,tune group,naza group tak join Lotus pon nama Malaysia dibawa oleh Mercedes ;) Takut nanti bila Lotus dah berjaya, geng2 Malaysia ni kena tendang. Dulu orang cakap, kalau proton join Lotus, proton boleh ambil teknologi, tapi apa teknologi yang proton dapat selain handling tune by Lotus? Dulu proton join Mitsubishi, apah teknologi tak dapat. Copy paste Evo jadi Wira, Eterna jadi Perdana dan khabarnya pengganti Waja nanti dari model Mitsubhisi yang macam Evo X tu(lupa plak nama model). HUHU. Terima lh hakikat, Proton tu baru lagi dan belom cukup matang tapi dah pandai-pandai join F1. Tiap tahun menanggung kerugian tapi berani join F1. Sebab apa? Sebab kerajaan backup dia, kalau rugi, kerajaan suntik duit. Duit sapa? Duit rakyat yang bayar cukai. Rakyat apa dapat? Rakyat dapat bersorak konon-konon nya Malaysia join F1. Hakikatnya, Gah pada nama sahaja ;)

F1 2009, aku sempat ke Sepang! Tengok F1 live babe! Walaupun hanya ujian kelayakan masa :p
Bangga babe dapat masuk Sepang! Siap duduk GrandStand lagi ;) Tahun ini insyaAllah aku pergi lagi sekali kalau ada yang sudi teman.

Btw, 1st race dekat Bahrin, 12-14March, Malaysia 2-4April, Singapore 24-26September.

Keputusan Menteri Besar Perak


The Federal Court, the highest in the country, has delivered a unanimous decision in declaring that Zambry Abd Kadir of BN is the rightful Perak menteri besar (MB).
_____________________________________________________________

Rakyat pilih Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Perak. Macam mana boleh Barisan Nasional yang memerintah? Lain kali, tak perlu undi, mahu tentukan parti yang memerintah, hanya dengan membawa perkara ini ke makamah. Kalau kalah for the 1st time, bawa ke Makamah Rayuan pula, kalau tidak puas hati lagi, bawa ke Makamah Persekutuan, kemudian bawa ke Makamah Antarabangsa pula, kalau still tak puas hati, minta Queen England campur tangan. Kalau masih belum berpuas hati, bunuh sahaja orang itu!

Sesungguhnya, isu politik di Perak telah membuka mata semua pihak. Kekalutan undang-undang dan pengaruh Sultan dalam menyelesaikan perkara ini. Sultan dilihat seperti membuat keputusan diluar kotak. Bagi sesetengah rakyat, Baginda dilihat sebagai merampas hak rakyat Perak. Hal ini kerana rakyat Perak telah memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah dan bukan nya Barisan Nasional. Jika tidak mampu membuat keputusan, serah semula kepada rakyat untuk membuat keputusan. Jikalau Sultan itu sendiri tidak reti menjaga hak rakyat, jangan melalak jika suatu hari nanti, kuasa raja itu sendiri akan hilang. Isu ini juga telah menunjukkan bahawa undang-undang yang dicipta oleh manusia mudah dimanipulasi oleh sesetengah pihak dan sukar dibuat konklusi. Lain hakim lain pandangan, habis tu apa guna undang-undang? Setiap kali dibicarakan, setiap kali itu juga keputusan nya bertentangan antara satu sama lain. Ini lah yang dikatakan undang-undang ciptaan manusia, boleh diubah dan dipinda jika sesebuah kerajaan mempunyai bilangan majoriti dalam parlimen.

Ini lah erti demokrasi. Demokrasi yang dilaungkan selama ini. Demokrasi yang dibangga-bangga kan oleh kamu dan rakan-rakan kamu. Demokrasi yang kononnya Rakyat Bersuara. Rujuk entry sebelum ini Islam Agamaku. Ini lah demokrasi yang kamu dan kawan-kawan kamu nmahu sangat. Bila kena tindas baru kamu nak bersuara, baru tergerak mahu berdemo, mengutuk bagai. Ini lah demokrasi yang sering kamu laungkan! Ini lah demokrasi yang diajar kepada kamu di sekolah. Yang sedihnya, ada sebuah parti yang kononnya parti Islam, hangat dengan isu Hududnya, tetapi tidak bersungguh sungguh menegakkan Islam. Waktu ini paling sesuai untuk menerangkan kelebihan Sistem Khalifah berbanding Sistem Demokrasi. Malangnya, mereka lebih rela menegakkan Demokrasi daripada menegakkan Syariat Islam. Yang lebih sedih tuan-tuan dan puan-puan, mereka ini juga rela baring atas jalan dan bersolat hajat di atas jalan hanya kerana untuk mencapai matlamat/kepentingan politik semata-mata. Apa salahnya kalau kamu berjuang demi menegakkan Islam. Sertai lah kumpulan Hizbut Tahrir untuk menegakkan Islam. Tolak Sekular, Tegak Islam! Tak takutkah kamu dengan azab neraka, apa jawapan kamu apabila ditanya tentang sumbangan kamu terhadap agama kamu?

Janganlah kamu terlalu taksub dengan perjuangan parti politik kamu. Berjuanglah untuk agama kamu. Agama kamu itu akan kekal sehingga akhir hayat kamu, tidak seperti parti politik, yang boleh lenyap atau terkubur begitu sahaja. Ingat lh kamu selepas kamu meninggalkan dunia, kamu perlu menempuh satu lagi alam kehidupan yang baru. Ingatlh kamu, keimanan tidak boleh diwarisi. Selepas kamu mati, hanya amalan kamu, doa anak-anak kamu yang soleh dan pahala bersedekah kamu yang dibawa. Tiada lagi pemimpin kamu yang kamu banggakan diatas muka bumi ini. Ingatlah!

Cinta 3 Segi.




Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan

____________________________________________________

Lagu kontroversi, lama dah lagu ni, masa aku form1 pon dah ada.
Kononnya, mengisahkan pasal awek dia yang curang, and dia bunuh awek dia dgn bf awek dia, then dia kena gantung, permintaan terakhir dia sebelum mati adalah untuk menyanyikan lagu ni. Tak tahu sejauh mana kebenarannya, Wallahualam. Tapi kalau betol, tak tahu lah, sebab cinta, manusia berubah. Demi kepuasan diri, sanggup berkorban nyawa. Ini lah kot erti Sehidup Semati.

Selain Perangkap Cinta, lagu ni juga dikenali dengan tajuk Cinta 3 Segi. Lagu ini dipercayai dinyanyikan oleh Ayie. Lagu ni pernah meletop disuatu ketika dulu. Hangat dibincangkan di forum-forum. Seperti biasa, ramai yang mengaku merekod lagu ni, ramai mengaku mengenali Ayie, sejauh mana kebenarannya, aku pon tak tahu. Tak caya search je Google, terlalu banyak forum membincangkan perihal lagu ni.

Lagu ini banyak diupload di You-Tube sampai aku sendiri dah tak tahu yang mana satu original. Yang aku tahu, semua yang ada di You-Tube bukan original. Originalnya adalah hanya berformat MP3 and aku ada mp3 tu, lagu yang dekat atas tu bukan lh original, hanya nyanyian semula. Selain orang perseorangan, kumpulan Kristal and Saleem juga pernah menyanyikan semula lagu ini.

So, kepada perempuan-perempuan di luar sana, beringat sikit, Jangan main perasaan orang, buruk padahnya. Rambut sama hitam, hati mana nak tahu.